Kemeriahan Kempen 'Golden Ticket' yang sedang berlansung di Suria KLCC kini berterusan di pusat beli belah ikonik Alamanda Putrajaya. Di Alamanda Putrajaya, Kempen ‘Golden Ticket’ sedang berlangsung dari 18 Mei sehingga 3 Jun 2024. Para pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit dari kedai-kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen ini.
Lokasi kempen ini menawarkan pengalaman yang menarik dengan menampilkan 50 kotak misteri di ruang legar aras G Alamanda, Putrajaya. Para peserta berpeluang untuk memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda atau ‘Yellow Ticket’ juga dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda.
Setiap hari, sebanyak 50 cabutan tiket akan dilakukan yang terdiri daripada sekeping ‘Golden Ticket’ dan 49 keping ‘Yellow Ticket’. Para peserta yang bertuah berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik sepanjang kempen ini berlansung. Para pemenang ‘Golden Ticket’ akan diraikan yang mana foto mereka akan dipaparkan di bingkai khas di “Wall of Winners”.
Selain itu, terdapat 3 pemenang bertuah yang berpeluang untuk memenangi sebuah iPad jenama Apple melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diadakan selepas kempen tersebut. Ini merupakan peluang yang menarik untuk para pengunjung yang menyertai kempen ini.
Setiap tiket yang tidak ditebus akan dibawa ke hari yang seterusnya. Ini memberikan peluang yang lebih tinggi untuk para pengunjung membawa pulang ganjaran hebat melalui kempen 'Golden Ticket' di Alamanda Putrajaya.
Dengan pelbagai hadiah menarik ditawarkan melalui Kempen 'Golden Ticket' di Alamanda Putrajaya, pasti pengunjung akan menikmati pengalaman membeli-belah yang berbeza. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya dan menang hadiah-hadiah menarik!
Comments