top of page
Writer's pictureMYB

K-Tech Patch: Inovasi Hijau Malaysia Bakal Merevolusikan Industri Automotif Global

Syarikat teknologi tempatan, Qiang Long Sdn Bhd, telah mencatatkan sejarah baharu dalam industri automotif Malaysia dengan pelancaran produk inovatif mereka, K-Tech Patch. Produk yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia ini bukan sahaja menjanjikan pengurangan pelepasan karbon sehingga 40%, malah mampu mengurangkan penggunaan bahan api kenderaan sehingga 15%.


K-Tech Patch: Inovasi Hijau Malaysia Bakal Merevolusikan Industri Automotif Global
Pelancaran rasmi K-Tech Patch di Malaysia dijadualkan pada Mac 2025, dengan harga promosi istimewa bermula dari RM149 untuk motosikal di bawah 500cc, RM398 untuk kenderaan di bawah 2,000cc, dan RM498 untuk kenderaan melebihi 2,000cc.

Dalam majlis pra pelancaran yang diadakan di Kuala Lumpur pagi tadi , Ybhg Eric Chiwe, Presiden Qiang Long, menggariskan sasaran syarikat untuk mencapai 8 juta pengguna global menjelang tahun 2026. Strategi pengembangan ini akan bermula dengan pasaran tempatan yang disasarkan mencapai sejuta pengguna menjelang 2025, sebelum memasuki pasaran-pasaran utama Asia termasuk Bangladesh, India, China dan Asia Tenggara menjelang 2025-2026.


"Kami menyasarkan untuk mencapai sejuta pengguna tempatan menjelang 2025, dan meningkat kepada dua juta pada 2026. Dari segi pasaran global pula, kami mensasarkan lima juta pengguna pada 2025 dan lapan juta menjelang 2026," kata Chiwe.


K-Tech Patch: Inovasi Hijau Malaysia Bakal Merevolusikan Industri Automotif Global
(Dari kiri - kanan): Kenny Ong, Pengarah Pemasaran Global Qiang Long; Wei Yan Rong, Naib Presiden Qiang Long; Ybhg. Eric Chiwe, Presiden Qiang Long; Dr. William Yeong, Pengasas K-Tech; Sara Yeong, Pengarah Qiang Long; Dr Lawrance Poh, Ketua Pegawai Eksekutif Qiang Long

K-Tech Patch, yang dihasilkan melalui proses penyelidikandan pembangunan selama satu dekad menggunakan teknologi Nano-Terahertz yang dipatenkan di Malaysia, telah menerima pengiktirafan antarabangsa melalui pensijilan dari badan-badan bertauliah termasuk Technical Inspection Association of Europe (TÜV NORD), Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), dan Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


Inovasi ini hadir pada masa yang tepat ketika Malaysia mencatatkan kedudukan ke-38 daripada 134 negara dalam indeks kualiti udara terburuk pada tahun 2023, meningkat dari kedudukan ke-50 pada tahun 2019. Produk ini menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) negara yang mensasarkan pelepasan sifar bersih menjelang 2050.


K-Tech Patch: Inovasi Hijau Malaysia Bakal Merevolusikan Industri Automotif Global
(Kiri-kanan) Ybhg Eric Chiwe, Presiden Qiang Long; Dato Nasrin Bin Dabung;Yang Mulia Raja Mohamad Najmi bin Raja Sulong Hizahar;Dato Parameswaran menandatangani MoU hari ini, disaksikan oleh Kerabat Istana Selangor bersamaan dengan tetamu-tetamu terhormat yang lain

Pelancaran rasmi K-Tech Patch di Malaysia dijadualkan pada Mac 2025, dengan harga promosi istimewa bermula dari RM149 untuk motosikal di bawah 500cc, RM398 untuk kenderaan di bawah 2,000cc, dan RM498 untuk kenderaan melebihi 2,000cc. Setiap pembelian disertakan dengan jaminan selama lima tahun dan perkhidmatan pemasangan percuma melalui panel rasmi syarikat.


Dr. Lawrence Poh, Ketua Pegawai Eksekutif Qiang Long Sdn Bhd, menekankan bahawa syarikat ini juga membuka peluang kepada pengedar automobil, stokis dan Key Opinion Consumers (KOC) tempatan untuk menyertai rangkaian pengedaran mereka, dengan pendaftaran percuma terhad kepada 500 pemohon pertama di seluruh negara.


Dengan sokongan teknologi canggih dan pensijilan antarabangsa, K-Tech Patch meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam inovasi teknologi hijau automotif global, sekaligus memperkukuhkan kedudukan negara sebagai hab teknologi mesra alam di rantau ini.



Comments


bottom of page