top of page
Writer's pictureMYB

Juara The Masked Singer Malaysia Musim Kedua Milik Rambutan, Shila Amzah

Selepas sepuluh minggu bersiaran, akhirnya program nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua kini telah sampai ke penghujungnya. Program tersebut melabuhkan tirainya semalam dengan penyanyi popular, Shila Amzah di sebalik figura Rambutan sebagai juaranya.

Shila Amzah diumum sebagai Juara The Masked Singer Malaysia Musim ke-2

Dengan suaranya yang lantang, tinggi, dan hebat, Shila Amzah kekal mencuri hati para juri dan sering menduduki di tangga tiga teratas – menjadikannya salah seorang peserta yang susah untuk dikalahkan.


Beliau yang juga terkenal di negara China membawa pulang trofi dan gelaran selepas membuat persembahan yang penuh dengan emosi iaitu lagu Hurt nyanyian asal Christina Aguilera serta persembahan lagu Bujang Senang yang memukau daripada Wings.


Dalam pada itu, tempat kedua TMSM2 adalah milik figura Seladang yang dipakai oleh Amir Masdi. Tempat ketiga pula menjadi milik Orkid yang dipakai oleh Liza Hanim manakala tempat keempat adalah Burung Hantu yang telah dipakai oleh Hannah Delisha – tepat tekaan netizen! Ratu Semut yang dipakai oleh Ara Johari jatuh ke tempat yang kelima.

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah daripada persembahan mereka di minggu terakhir TMSM2 :

​TOPENG

ARTIS

MARKAH (%)

Rambutan

Shila Amzah

96.56

Seladang

Amir Masdi

94.61

Orkid

Liza Hanim

94.00

Burung Hantu

Hannah Delisha

91.17

Ratu Semut

Ara Johari

90.17

GALERI




Menarik lagi pada minggu terakhir ini, Zizan Razak berjaya menggenggam Anugerah ‘Tekaan Juri Paling Gempak’ miliknya selepas mengumpul 11 markah, iaitu markah tertinggi antara semua juri dengan tekaannya yang tepat dari minggu ke minggu.


The Masked Singer Malaysia musim kedua ini bersiaran di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam selama 10 minggu. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO.



Comments


bottom of page