top of page
Writer's pictureMYB

Juadah 6 Kenduri Jadi Tarikan Bufet Iftar di De' Kenduri by Lutfi Yusoff

Atas permintaan yang menggalakkan, De' Kenduri by Lutfi Yusoff sekali lagi menganjurkan buffet iftar Ramadan tahun ini yang masuk tahun ketiga penganjurannya. Seperti tahun tahun sebelumnya juadah iftar yang disajikan kepada pengunjung disini merupakan juadah-juadah yang sinonim dengan majlis kenduri kendara yang biasa diadakan baik dikampung mahupun dibandar.



Terdapat lebih dari 70 jenis juadah iftar disediakan bergilir-gilir mengikut jenis menu kenduri kendara untuk setiap malam . Tambah menarik lagi apabila juadah-juadah ini dihidangkan mengikut meja sajian yang diberi nama berdasarkan majlis kenduri kendara tersebut. Selain itu terdapat juga kiosk atau gerai yang menyediakan juadah secara lansung.

 

STALL 1 - KENDURI KAHWIN

  • Nasi Minyak/Nasi Briani/Nasi Tomato

  • Ayam Merah/Ayam Grg Berempah

  • Daging Rendang Hitam/Daging Kurma

  • Kuzi Kambing/Kurma Kambing

  • Kari Kambing

  • Acar Buah

  • Pajeri Nenas

  • Ayaq Asam

  • Acar Jelatah


STALL 2 - KENDURI KESYUKURAN

  • Nasi Putih

  • Masak Lemak Ayam

  • Sambal Udang Petai

  • Bawal Sweet Sour

  • Siakap 3 Rasa

  • Ikan Cencharu Belah Belakang

  • Masak Lemak Nenas Ikan Masin

  • Masak Tempoyak Patin

  • Tauhu Jepun Tiram

  • Chinese Mix Vege

  • Sambal belacan

  • Ulaman

  • Pecal


STALL 3 - KENDURI DOA SELAMAT

  • Nasi Putih

  • Asam Pedas Daging Tetel

  • Masak Lemak Telur Itik

  • Masak Lmk Cili Api Ayam Pegaga

  • Sambal Sotong Kering

  • Masak lemak Udang Belimbing Buluh

  • Masak Lemak Siput Sedut

  • Masak Lemak Perut + Rebung

  • Sambal Ikan Keli

  • Sambal Tempoyak/Sambal Machang

  • Cencaluk/Budu

  • Ulaman rebus


STALL 4 - KENDURI RUMAH TERBUKA

  • Lemang & Ketupat

  • Rendang Ayam

  • Satay

  • Kambing Bakar

  • Set Soto/Mee Kari/Laksa Johor

  • Laksa Penang

  • Set Lontong

  • Kerabu Maggi


STALL 5 - KENDURI MAJLIS HARI LAHIR

  • Aneka Pastries

  • Aneka Kuih Melayu

  • Cendol & ABC

  • Charkue Teow


STALL 6 - KENDURI NAIK PANGKAT

  • Apam Balik Chruncy

  • Keropok Lekor dan cucur

  • Aneka Bubur Manis

  • Cucur Goreng Panas

  • Roti Jala & Kari Ayam



 
GALERI

Pengunjung yang memilih untuk berbuka puasa disini disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti khemah 'marquee tent' yang luas yang dihias dengan pelaminan serba indah serta persembahan muzik selain pemandangan indah dikelilingi bangunan pencakar langit yang terletak di sekitar Jalan Yap Kwan Seng berhampiran dengan KLCC . Selain itu, kemudahan surau dan tandas turut disediakan bagi memastikan setiap pengunjung berasa selesa sepanjang berbuka puasa disini.



Bufet Iftar Ramadhan De' Kenduri berharga RM 70 bersih untuk dewasa, manakala RM40 bersih untuk kanak-kanak ( berumur antara 5-11 tahun).


Kalau dah namanya kenduri, pasti ada buah tangan yang diberi buat tetamu yang hadir untuk dibawa pulang. Begitu jugalah di De' Kenduri. Pengunjung dibenarkan untuk membawa pulang lebihan juadah untuk dinikmati sewaktu bersahur.


Utk pertanyaan sila hubungi: http://www.wasap.my/60133862524


LOKASI

De' Kenduri by Lutfi Yusoff

103 Persiaran Lidcol

Off Jalan Yap Kwan Seng

Kuala Lumpur

IG: DeKenduri Kuala Lumpur

Comments


bottom of page