Setelah menjelajah ke tiga lokasi sekitar Selatan, Utara dan Pantai Timur, Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akhirnya melabuhkan tirai dengan cukup meriah di lokasi terakhir bertempat di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada sabtu lalu.
Konsert yang dibanjiri lebih 10,000 pengunjung itu menyaksikan lebih 10 persembahan mantap daripada barisan artis popular era 80an, 90an dan terkini seperti Fauziah Dato Ahmad Daud (Ogy), Newboyz, Misha Omar, Akim & The Majistret, Muss, Alif Satar & The Locos, Dolla, Hasif Upin, Venus, Airliftz, Amsyar Leee, Iss Arffan, Aliff Iskandar, Aufahanie, Rief Danial dan Amir Hasan.
Penyanyi 3 era berbeza bergabung diatas satu pentas di lokasi terakhir Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang berlansung pada Sabtu lalu.
Persembahan pembukaan daripada Kumpulan Kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga antara kelainan yang berjaya mencuri tumpuan penonton menerusi ‘Tarian Silat’ dan ‘Gamelan Fusion’.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau Dj Lin, “Alhamdulillah, Jelajah Suria sesi pertama bagi empat lokasi telah selamat disempurnakan dengan sambutan luar biasa dari para peminat Suria FM yang lama juga pendengar baru yang turut berkunjung bagi memeriahkan acara”
“Saya mewakili Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir kerana sudi meluangkan masa serta sanggup merentas ‘jammed’ dari seluruh negeri sekaligus ini menjadi inspirasi buat kami untuk terus melakukan yang terbaik buat pendengar yang kami sayangi”.
Tambah Dj Lin, cabutan bertuah motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM 4,000 di lokasi akhir ini telah dimenangi oleh Azmi, pendengar setia yang tidak mengenal erti penat dalam menyokong semua aktiviti Suria FM dari awal penubuhan sehingga kini.
“Kami sangat tersentuh hati dan gembira pendengar Suria bukan sahaja daripada golongan tertentu tapi datang daripada pelbagai latar belakang dan kisah hidup berbeza”.
Lebih menarik, sepanjang konsert berlangsung pengunjung juga tidak melepaskan peluang memenangi wang tunai lebih RM 10,000 menerusi aktiviti pentas bersama Anggun Cotton Collection, AC Gas dan Smart Selangor.
GALERI
DJ Lin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penaja utama, Anggun Cotton Collection, penaja bersama, AC Gas serta Smart Selangor juga penaja lokasi Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya di atas kerjasama baik yang diberikan bagi siri Jelajah Suria pada kali ini.
“Bagi mengekalkan kemeriahan jelajah, Suria FM bersama barisan penyampai Morning- Morning Suria, Ajak, Shuib dan Suraya akan kembali turun padang temui para peminat bagi siri kedua “Morning Morning Suria Belanja Makan” di sekitar Lembah Klang pada 11 Mac (Sabtu) dan 12 Mac 2023 (Ahad) ini bertempat di beberapa lokasi seperti di Warung Soto Kedai Basikal, Rantau Panjang, Klang dan seterusnya makan tengah hari di Dapur Che Lah, Shah Alam.
Keesokan harinya, pada 12 Mac (Ahad), pendengar berpeluang bersarapan bersama Ajak, Shuib dan Suraya di Sate 7 Pagi, Seri Kembangan kemudian makan tengahari di Asam Pedas London, Selayang bermula jam 12 tengahari hingga 3.00 petang. Buat para peminat Suria FM, semua dijemput hadir dan jom beramah mesra bersama penyampai kesayangan anda”, ujar DJ Lin.
Maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my dan suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia
Comments