top of page
Writer's pictureMYB

Jati Anjur Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri di Malaysia Grand Bazaar KL

Jati, jenama beras terkemuka Malaysia dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar (MGB), bersama ecoBrown's, AirAsia SANTAN, KHIND, CHJ Motors dan Gracshaw telah menganjurkan Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri bersempena sambutan bulan Ramadan serta Aidilfitri tidak lama lagi.


(dari kiri) Ketua Peruncitan, BBCC Development Sdn Bhd, Cik Michelle Liew, Pengarah, Serba Wangi (KL) Sdn Bhd, En. Low ZiShi, serta Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi Sdn Bhd, En. Chua Keng Jin.

Majlis pelancaran Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri telah disempurnakan bersama oleh Cik Michelle Liew, Ketua Peruncitan untuk BBCC Development Sdn Bhd., Encik Low ZiShi, Pengarah, Serba Wangi (KL) Sdn Bhd dan Encik Chua Keng Jin, Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi Sdn Bhd.


Majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air seperti Sazzy Falak, Bella Astillah serta penyedia kandungan digital terkenal , Maryam dan Ryzal dari Durian Kimchi TV.


Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri yang julung kali dianjurkan berlansung dari 9 sehingga 24 April 2022 dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Malaysia Grand Bazaar yang terletak bersebelahan dengan pusat membeli belah terbaru , Lalaport Kuala Lumpur.


Terdapat lebih dari 60 gerai pilihan khas yang menawarkan pelbagai produk bagi persiapan menyambut hari raya terdiri dari makanan, kuih muih dan biskut, barangan runcit, hasil seni dan kraftangan, peralatan rumah, koleksi pakaian raya serta banyak lagi jenama tempatan yang popular.


Pihak penganjur turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel dan permainan tradisi serta persembahan kebudayan sebagai tarikan buat pengunjung di sepanjang berlansungnya Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri selama 16 hari dibawah satu kompleks yang berhawa dingin dengan kawalan keselamatan yang baik dan mematuhi SOP COVID-19 sepenuhnya.


Majlis pelancaran Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri turut diserikan dengan kehadiran selebriti Sazzy Falak dan Bella Astillah.

Encik Chua Keng Jin, Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi Sdn Bhd. berkata, "Jati menerajui penganjuran Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri ini bagi menyokong dan mempromosi jenama dan perniagaan Malaysia, menggalakkan perbelanjaan domestik dengan memberi perhatian kepada perniagaan tempatan sambil mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian barangan dan perkhidmatan Malaysia yang berkualiti.


“Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri akan berlangsung di Malaysian Grand Bazaar yang bermula pada hari ini 9 April hingga 24 April selama 16 hari, dari 10 pagi hingga 10 malam. Ia adalah bazaar yang harus dikunjungi pada tahun 2022, dengan begitu banyak tawaran berserta pelbagai aktiviti, peraduan, giveaway, permainan dan banyak lagi dengan menyokong jenama Malaysia. Jadilah rakyat Malaysia yang sejati, sokong jenama tempatan. Mulakan di sini!” ujarnya lagi.


Sementara itu, Michelle Liew, Ketua Peruncitan untuk BBCC Development Sdn Bhd. berkata, "Sebagai pusat beli-belah artisanal tetap yang pertama di KL, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jati, pengeluar beras terkemuka di negara ini untuk mempersembahkan Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri di premis ini kerana kami berkongsi etos yang sama dalam mempromosi dan menyokong jenama dan peruncit tempatan."


Setiap pengunjung ke Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri akan menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s beserta baucar dengan hanya melengkapkan ‘treasure hunt’ di gerai-gerai yang terdapat dalam kawan bazaar. Tiada sebarang pembelian diperlukan. Selain itu terdapat juga pemberian sampul raya eksklusif untuk setiap pengumpul yang pasti akan menambah koleksi mereka.


Pengunjung juga boleh mencuba nasib mereka dengan menyertai peraduan Tangkap Gambar & Menang yang menawarkan hadiah mingguan berupa Khind Intelligence Cooker bernilai RM148, dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar dengan gaya menarik di acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial anda menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB.


Hadiah lumayan berupa 3 buah motorsikal berjenama menanti pengunjung bertuah di Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri

Selain itu, pengunjung boleh menyertai Peraduan Beli & Menang yang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding merebut hadiah lumayan berupa 3 buah motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10 buah topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200.


Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri. Kemudahan parkir disediakan secara percuma di Bukit Bintang City Centre untuk semua pengunjung.

Comments


bottom of page