top of page

Iman Troye Meriahkan Aidilfitri Dengan EP "Janji Raya" Terbitan XO House

Writer: MYBMYB

Kuala Lumpur - XO House baru-baru ini memperkenalkan mini album terbaru daripada penyanyi sensasi, Iman Troye, bertajuk "Janji Raya" yang dijangka akan menyemarakkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini. EP istimewa ini mengandungi lima buah lagu yang membawa pelbagai nuansa raya, dari nostalgia hingga elemen moden.


Iman Troye Meriahkan Aidilfitri Dengan EP "Janji Raya" Terbitan XO House

Dilancarkan pada 12 Mac, koleksi lagu-lagu dalam "Janji Raya" ini merangkumi "Raya ya ya", "Salam Salam Lebaran", "Raya Kan", "Janji Happy Hari Raya", dan "Selendang Ibunda" yang kini boleh didengari di semua platform digital popular termasuk Spotify, Apple Music, iTunes dan YouTube.


Menariknya, EP ini menampilkan beberapa kolaborasi istimewa. "Raya ya ya" merupakan duet bersama Dato' Aliff Syukri yang menggabungkan unsur tradisional dan moden. Manakala "Raya Kan" pula adalah hasil kerjasama dengan Angga Dermawan, penyanyi dari Ternate, Indonesia, yang membawa genre kontemporari "Jedag Jedug".


Iman Troye Meriahkan Aidilfitri Dengan EP "Janji Raya" Terbitan XO House

Lagu "Janji Happy Hari Raya" turut menampilkan barisan artis XO House seperti Dalia Farhana, Zubir Khan, Naim Daniel, dan Alya Mardien. Tidak ketinggalan, lagu "Selendang Ibunda" yang didedikasikan khas untuk arwah nenek Iman Troye, Wan Iman, menyentuh perasaan dengan melodi syahdu dan lirik penuh makna.


Menurut Iman Troye sendiri, "Lagu ini sangat dekat di hati saya kerana ia mengingatkan saya tentang kenangan beraya bersama keluarga. Saya berharap lagu ini mampu menjadi pengiring suasana raya yang penuh kebahagiaan buat semua."



Dengan kombinasi lagu yang mengandungi elemen nostalgia, moden, dan sentuhan peribadi, EP "Janji Raya" bukan sekadar himpunan lagu raya biasa, tetapi sebuah karya yang mempersembahkan pelbagai dimensi emosi dan tradisi dalam meraikan Aidilfitri.


Para peminat dan pencinta muzik tanah air boleh menonton video muzik rasmi EP ini di saluran YouTube rasmi Iman Troye. Dengan kehadiran EP ini, sambutan Aidilfitri tahun ini dijangka akan lebih meriah dan bermakna buat pendengar di seluruh Malaysia.



Comentários


bottom of page