top of page

Ibis KLCC Bawakan Bufet 'Spice Symphony' Sempena Deepavali

  • Writer: MYB
    MYB
  • 25 Okt 2024
  • 2 min membaca

Hotel Ibis Kuala Lumpur City Centre (KLCC) membawakan promosi istimewa "Malaysian Delights: Spice Symphony" di restoran Kampung Kitchen bersempena dengan sambutan Deepavali bulan ini.


Bufet 'Spice Symphony'

Bermula 1 hingga 31 Oktober 2024, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai hidangan autentik Malaysia yang menggabungkan cita rasa India, Melayu dan Cina dalam konsep bufet yang menarik.


Ibis KLCC turut menerbangkan Chef Kavi dari Ibis Chennai City Centre, India untuk membuat penampilan bersama hidangan sajian istimewa dari 21 hingga 31 Oktober 2024 serta memastikan hidangan yang disajikan menepati citarasa autentik masakan India.


Antara hidangan istimewa yang ditawarkan termasuk Nasi Briyani, Biryani Ayam Ambur , Mamisa Milagu Sarru (Sup tulang kambing), dan pelbagai hidangan tradisional India seperti Vendakkai Podi Thuval serta Tomato Pappu gaya Andhra.



Pengunjung juga boleh menikmati hidangan 'From The Banana Leaves' yang tersedia dari 21 hingga 31 Oktober, termasuk Kari Virunthu, Village Kozhi Murungai Curry, Butter Chicken with Curry Leaf dan pelbagai pilihan masakan authentik Selatan India. Bagi peminat makanan laut, hidangan seperti Mussel Cream Sauce dan Tawa Fish Fry pasti mengujakan selera sambil dihiburkan dengan persembahan buskers jemputan.


Bufet ini turut menyediakan kaunter 'Live Hawker Stall' yang menawarkan makanan jalanan popular termasuk Masala Vadai, Pani Puri, dan Roti Canai yang dihidangkan bersama kari ayam istimewa.


Bagi hidangan pencuci mulut pula, bufet ini menampilkan pelbagai pilihan termasuk manisan India seperti Gulab Jamun dan Kesari serta gabungan manis tradisional dan moden seperti Ais Batu Campur lengkap dengan inti-inti tradisional, kuih-muih Melayu, serta Pastri Perancis. Pilihan minuman pula termasuk Panagam, teh masala, kopi dan jus istimewa.


Bufet 'Spice Symphony'

Harga yang ditawarkan adalah:


*Hari Biasa (Isnin - Jumaat)*

- Dewasa: RM59 nett

- Kanak-kanak (6-12 tahun): RM49 nett

- Masa: 12:00 petang - 3:00 petang | 6:00 petang - 10:00 malam


*Hujung Minggu & Cuti Umum*

- Dewasa: RM79 nett

- Kanak-kanak (6-12 tahun): RM59 nett

- Masa: 12:00 petang - 4:00 petang | 6:00 petang - 10:00 malam


Para tetamu hotel dan ahli kelab layak menerima diskaun 10% dan tempat letak kereta percuma disediakan untuk semua tetamu yang menjamu selera. Waktu operasi bufet adalah dari 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang dan 6:00 petang hingga 10:00 malam pada hari biasa, manakala pada hujung minggu waktu makan tengah hari dilanjutkan sehingga 4:00 petang.


Untuk tempahan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian +60 3-2778 3888/ +60 12-668 9929 atau melayari laman web www.kampungkitchen.com.




Comments


bottom of page