HONOR Gegar MWC 2026: Kemunculan Telefon Robot dan Magis AI Masa Depan!
- oleh Editor MYBUZZ
- 23 Feb 2026 10:13 pm
KUALA LUMPUR – Jenama teknologi global, HONOR bersedia untuk menggegarkan landskap teknologi mudah alih dengan pelancaran ekosistem peranti AI generasi baharu dan peranti IoT perdana mereka di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona pada 1 Mac 2026.
Acara global ini menandakan langkah besar dalam strategi jenama tersebut untuk merapatkan jurang antara perkakasan fizikal dan kecerdasan buatan (AI), sekali gus memberi gambaran awal tentang teknologi yang akan membentuk trend mudah alih pada tahun mendatang.
Fokus utama pelancaran kali ini sudah semestinya tertumpu kepada pendedahan eksklusif HONOR Robot Phone yang sangat dinanti-nantikan, di mana ia bakal memberi pratonton eksklusif tentang masa depan kepintaran peranti mudah alih.
Selain inovasi rintis ini, para peminat gajet juga bakal disajikan dengan pelancaran HONOR Magic V6. Telefon pintar boleh lipat generasi baharu ini menjanjikan ketahanan yang dipertingkatkan, kapasiti bateri yang lebih besar, serta rekaan yang lebih nipis untuk mengukuhkan lagi kepimpinan HONOR dalam pasaran peranti lipat.
Bagi memperkasakan lagi tahap produktiviti harian menerusi kuasa AI, jenama gaya hidup digital ini turut memperkenalkan dua peranti perdana baharu. Pengguna dan pencipta kandungan boleh menantikan HONOR MagicPad 4, sebuah tablet yang direka khusus untuk menyokong kreativiti berprestasi tinggi, berserta komputer riba ultra-nipis HONOR MagicBook Pro 14 yang memanfaatkan teknologi AI untuk memberikan kuasa pemprosesan dan kecekapan bertaraf tinggi.
Sebagai jenama yang amat mempercayai potensi masa depan AI, HONOR menggabungkan rekaan berpaksikan manusia dengan teknologi untuk memaksimumkan potensi pengguna di seluruh dunia. Membina momentum daripada Pelan ALPHA HONOR yang diperkenalkan pada MWC Barcelona 2025, pelancaran pada tahun ini menyerlahkan evolusi pantas jenama tersebut, bermula daripada peranti perdana hinggalah kepada pelopor inovasi robotik yang canggih. Menerusi acara ini, HONOR akan terus mempamerkan visi masa depan mereka di mana manusia dan mesin dapat bersinergi dengan sempurna.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan babak baharu dalam dunia inovasi AI ini secara langsung! Acara pelancaran global ini akan disiarkan pada 1 Mac 2026, tepat jam 8:00 malam, dan anda boleh menontonnya menerusi laman web rasmi HONOR, akaun Facebook, serta saluran YouTube mereka. Bagi pengunjung pameran tersebut, barisan peranti terbaharu ini juga akan dipamerkan di reruai HONOR bertempat di Fira de Barcelona Gran Via dari 2 hingga 5 Mac 2026.
