top of page
Writer's pictureMYB

Havoc Food Festival 37.0 Terima Tajaan Utama Dari Perfume Paradise

Havoc Food Festival kembali lagi untuk edisi ke-37 dengan lebih meriah dan penuh kejutan! Kali ini, festival makanan yang dinanti-nantikan ini menerima tajaan utama daripada Perfume Paradise, sebuah syarikat bumiputera yang terkenal dalam industri wangian.


HAVOC FOOD FESTIVAL 37.0

Festival yang akan berlangsung dari 24 hingga 27 Oktober 2024 di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan, dijangka menarik ribuan pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik dan vendor makanan tempatan.


Selain itu, Havoc Food Festival juga akan mengadakan jelajah ke Sabah, bermula di SICC Kota Kinabalu dari 30 Oktober hingga 3 November, dan seterusnya di Kompleks Sukan Sandakan dari 6 hingga 10 November 2024.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, tajaan ini adalah selaras dengan matlamat syarikat untuk membantu usahawan bumiputera berkembang.


“Kami di Perfume Paradise berbesar hati menjadi penaja utama Havoc Food Festival 2024-2025 kerana melihat usaha yang dilakukan karnival ini adalah selari dengan matlamat kami iaitu membantu golongan usahawan bumiputera berkembang dengan perniagaan mereka,” katanya.


HAVOC FOOD FESTIVAL 37.0

Ketua Pegawai Operasi Perfume Paradise, Mohd Safwan Shari, turut menambah bahawa ini adalah tajaan penuh pertama daripada syarikat mereka dan mereka merancang untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan Havoc Event & Management pada masa akan datang.


Havoc Food Festival bukan sekadar karnival makanan, tetapi juga menawarkan pelbagai aktiviti riadah dan rohani untuk pengunjung. Antara aktiviti menarik termasuklah Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana yang diterajui oleh Sheikh Imran Angulia dan Ustaz Bashir Mohammed Azhari bersama kumpulan qasidah Nur Ahli Badar.


Selain itu, program podcast baharu “Our Next Guest” yang menampilkan pengacara popular dari Singapura, Dynn Norahim, juga akan diadakan.


HAVOC FOOD FESTIVAL 37.0

Festival ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan pempengaruh terkenal seperti Ojen Aiwahh, Azza Elite, Reen Rahim, Qistina Raisyah, Syura Badron, AI Sulong, Vicha Saywho, Cat Farish, Shikin Maembong, Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera, Pablo Faka, Afiqah Hasanah, Daud Reny Latah, Cikidot, Aliyah Balqis, Mat Alip, Zaki Azman, Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.


Encik Faizul, Ketua Pengarah Urusan Havoc Event & Management, berjanji bahawa penganjuran kali ini akan lebih lancar dan tidak mengecewakan pengunjung. “Kami sebolehnya ingin menganjurkan sebuah karnival yang seimbang bukan hanya buat golongan usahawan bumiputera yang terlibat tetapi memberi manfaat kepada pengunjung yang hadir,” katanya.


Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Havoc Food Festival 37.0 dari 24 hingga 27 Oktober 2024 di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan. Nikmati pelbagai juadah enak, sertai aktiviti menarik, dan beramah mesra dengan selebriti kegemaran anda.



Comments


bottom of page