top of page
Writer's pictureMYB

'Hasrat' 11 Tahun Jadi Kenyataan, Amir Jahari Julang Trofi Juara AJL 38

Acara penuh berprestij Anugerah Juara Lagu ke 38 yang bertemakan 'MUZIKAVERSE' telah mengangkat lagu ‘Hasrat’ nyanyian Amir Jahari sebagai juara AJL 38. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari itu berjaya menggondol hadiah utama berupa trofi berserta wang tunai berjumlah RM100,000.


AJL38
Penantian 11 tahun Amir Jahari untuk bergelar juara Anugerah Juara Lagu (AJL) berakhir semalam , apabila lagu ciptaan sepenuh beliau 'Hasrat' diangkat sebagai juara (AJL 38) sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi

Sementara itu posisi naib juara pula disandang oleh Aisha Retno menerusi lagu 'Sutera' yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Aina Abdul menerusi lagu yang berjudul 'Jangan Mati Rasa Itu' yang berjaya meraih hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.


Kemantapan vokal Aina Abdul ketika mendendangkan lagu 'Jangan Mati Rasa Itu' sekali lagi membawa tuah buatnya apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Vokal Terbaik dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.


Sementara itu persembahan luar biasa Aisha Retno yang bertemakan 'fusion Javanese' ketika mendendangkan lagu 'Sutera' membawa tuah buatnya apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik dengan hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.



Alha Alfa Cosmetics turut meraikan Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang dimenangi oleh Aina Abdul yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 12,000 berserta trofi. Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa adalah berdasarkan jumlah undian tertinggi oleh para peminat di akaun rasmi TikTok Alha Alfa sepanjang siaran AJL 38 berlansung.


Malam kemuncak AJL 38 yang berlansung malam tadi turut dihangatkan dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan konsep ‘girl band’ yang menggandingkan vokalis Shila Amzah dan Vanessa Reynauld menyampaikan lagu rantaian antarabangsa dan tempatan diiringi persembahan muzik oleh Sissy Iman (keyboard), serta tiga pemuzik muda berbakat besar terdiri dari Naimi Daini (drum), Tasneem Bolhasan (bass) dan Anis Kalisa (gitar).


AJL 38
AJL 38 disiarkan secara langsung melalui saluran TV3 jam 9.00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Manakala segmen interlude pula diserikan dengan persembahan daripada tiga penyanyi hebat terdiri dari Dayang Nurfaizah, Datuk Zainal Abidin dan Ratu Rock Ella yang menyampaikan rantaian lagu-lagu popular masing-masing. Manakala persembahan orkestra yang mengiringi persembahan finalis di pimpin oleh pengarah muzik Genervie Kam.


AJL 38 di barisi barisan juri profesional terdiri dari Datuk Wah Idris, Datuk Acis, Azlan Abu Hassan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis, Adlin Aman Ramli dan diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.


AJL 38 yang disiarkan secara langsung melalui saluran TV3 jam 9.00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil itu menyaksikan gandingan Sherry Alhadad dan Alif Satar mengemudikan acara kemuncak sementara gandingan Fizi Ali dan Fiza Frizzy sebagai hos di acara Karpet Merah yang disiarkan di TV9 pada jam 8.30 malam | MYBUZZ!

0 komen

Comments


bottom of page