top of page
Writer's pictureMYB

Gie Catat Sejarah Sebagai Juara Wanita Pertama Kilauan Emas

Setelah persaingan sengit di pentas akhir Kilauan Emas 2024 yang berlangsung di Royal Theater Shah Alam semalam, peserta Gie berjaya mengukir sejarah apabila dinobatkan sebagai juara wanita pertama dalam sejarah program realiti nyanyian tersebut.


Kilauan Emas
Gie berjaya mengukir sejarah apabila dinobatkan sebagai juara wanita pertama dalam sejarah program realiti nyanyian Kilauan Emas.

Gie yang tampil dengan persembahan solo "Kau Pergi Tanpa Pesan" (Sharifah Aini) dan duet "Jangan Menangis Sayang" (Safura & Oney) berjaya memukau barisan juri professional serta penonton dengan mencatatkan markah tertinggi sebanyak 80.08%. Kemenangan ini membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi.


Naib juara disandang oleh Sidi yang meraih markah 70.74% menerusi persembahan "Cukuplah Sekali" dan "Janganlah Menangis Sayang", sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Ina dengan markah 65.99%, membawa pulang RM5,000.


Kilauan Emas
Perserta Kilauan Emas, Sidi berjaya merangkul gelaran Naib Juara, manakala Ina di tempat ketiga.

Program yang kembali selepas vacuum selama tujuh tahun ini diadili oleh barisan juri professional termasuk Erra Fazira dan Dato' Hattan, serta juri jemputan Edry Abdul Halim. Pemarkahan adalah berdasarkan 70% daripada juri professional, 20% daripada juri awam, dan 10% undian penonton.


Selain gelaran juara, Gie turut merangkul anugerah Emas Berkilau Of The Week, membuktikan prestasi konsisten beliau sepanjang pertandingan. Konsert akhir yang dihos oleh Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlien) dan Joey Daud ini boleh ditonton semula menerusi platform Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.


Kilauan Emas 2024 yang berlangsung selama lapan minggu bermula 14 September lalu telah menyaksikan 12 peserta bertanding, dengan enam daripadanya berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Program ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam industri muzik tanah air.



Comentarios


bottom of page