top of page
Writer's pictureMYB

'Gamatnya Iftar' Di Retro Café Vivatel Kuala Lumpur Ramadan Ini

Updated: 27 Mac 2023

Vivatel Kuala Lumpur menyambut kehadiran Ramadhan yang mulia dengan promosi bufet iftar bertemakan 'Gamatnya Iftar' yang menampilkan hidangan tradisional dan klasik Melayu di Retro Café bermula dari dari 24 Mac sehingga 19 April 2023.


Qibas panggang antara salah satu menu istimewa yang mewarnai bufet iftar di Vivatel Kuala Lumpur Ramadan ini.

“Ramadhan adalah masa istmewa dalam setahun untuk keluarga, rakan dan orang tersayang di mana keluarga dan rakan berkumpul untuk berbuka puasa dan mencipta kenangan yang akan kekal seumur hidup.


"Kami berbesar hati kerana menjadi hos anda tahun ini dan mengalu-alukan semua tetamu untuk majlis berbuka puasa tahunan selama sebulan ini. Pasukan cef pakar kami telah menyediakan pelbagai hidangan lazat yang past memikat selera anda dan membuatkan anda berasa puas” kata Khairil Nizam Othman, Pengurus Besar Vivatel Kuala Lumpur.


Dengan pengalaman luas lebih 18 tahun dalam bidang kulinari, Pasukan cef Retro Café yang diketuai oleh Executive Chef Mohamad Isham Ismail akan menyediakan 3 menu utama secara bergilir-gilir setiap hari. Setiap menu menampilkan lebih dari 100 jenis pilihan juadah berbuka termasuk stesen dan gerai masakan secara lansung.


Antara juadah istimewa termasuklah Qibas Panggang dengan Nasi Mandi, Gulai Batang Pisang, Masak Lemak Siput Belitung,Puyuh Goreng Rempah, Gulai Lemak Itik Salai dan Ayam Kuzi Bakar Buluh. Sebagai tambahan kepada hidangan istmewa ini, turut disediakan dua minuman istimewa iaitu Air Janda Pulang dan Katira Viva.



Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, Vivatel Kuala Lumpur turut meraikan 40 orang 40 anak yatim, asnaf dan kurang upaya dari Sek. Keb. Miharja serta Sek. Keb. Kg Tunku dengan menganjurkan majlis makan malam untuk mereka . Anak-anak ini turut menerima duit raya daripada pihak pengurusan hotel.


Vivatel turut berkerjasama dengan dengan jenama pengeluar rempah ratus Adabi dalam penyediaan bufet Iftar Ramadan kali ini dimana setiap juadah yang disediakan akan menggunakan produk Adabi. Dengan kerjasama ini, Vivatel Kuala Lumpur berhasrat untuk menyokong jenama produk tempatan di samping meningkatkan kualiti dan rasa enak dalam setiap menu Ramadan yang disediakan. Kerjasama ini juga membolehkan Vivatel Kuala Lumpur mempromosikan penggunaan bahan-bahan tempatan sekaligus dapat memberikan pengalaman makanan Malaysia yang lazat dan asli untuk setiap pelanggan yang datang berbuka puasa.

Promosi Bufet Ifar Ramadhan berharga RM118 bersih untuk dewasa, manakala RM68 bersih untuk warga emas (berumur 55 tahun ke atas) atau kanak-kanak (kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun).


Vivatel Kuala Lumpur turut menawarkan Pakej Ramadan Staycation bermula dari RM230 bersih sehingga RM385 bersih di sepanjang bulan Ramadan sehingga 23 April 2023 untuk tetamu yang memilih berbuka puasa, menginap dan bersahur disini.


Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03–92058888 atau e-mel ke enquiry@vivatel.com.my. Untuk promosi F&B dan berita hiburan terkini di Vivatel Kuala Lumpur, layari www.vivatel.com.my atau layari www.facebook.com/vivatelkl.

Comments


bottom of page