top of page
Writer's pictureMYB

Fipper Buka Butik Selipar Terbaru di Pavillion Bukit Jalil

Syarikat Fipper Marketing Sdn Bhd yang terkenal dengan produk selipar berasaskan getah asli telah melebarkan lagi jaringan butik Fipper dan yang terbaru di Pavillion Bukit Jalil. Majlis pelancaran butik ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Fipper, Mr Jee Von baru-baru ini.



Terkini, Fipper turut berkolaborasi bersama Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines). Dalam kerjasama tersebut, Fipper Marketing Sdn Bhd selaku pengeluar kasut / selipar berjenama Fipper secara eksklusif menjadi pengeluar selipar jenis (slip on) yang direka khas untuk syarikat penerbangan tersebut. Rekaan dengan logo Malaysia Airlines di atas tali selipar tersebut menambahkan kekuatan dua jenama ini. Rekaan selipar ini dibuat sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita.


Fipper juga dari masa ke semasa turut mempelbagaikan rekaan koleksi selipar yang terkini dengan warna yang 'trendy' agar dapat memenuhi permintaan sesuai dengan citarasa generasi masa kini yang sangat mementingkan gaya dan penampilan tetapi masih tetap mengekalkan pengunaan getah asli sebagai asas dalam setiap selipar keluarannya dan dijual pada harga yang sangat berpatutan.


Fipper sentiasa menjadi perintis dalam pengeluaran selipar getah asli yang bermutu tinggi. Fipper sangat mengutamakan keselesaan pengguna.


Pada hari pelancaran tersebut juga, Fipper turut melancarkan koleksi terbaru kasut yang dinamakan 'Fipper Shine' khas untuk wanita. Rekaan 'Fipper Shine' yang tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah sangat sesuai untuk wanita yang mementingkan gaya dan keselesaan.


GALERI




Majlis pelancaran dan perasmian butik terbaru Fipper di Pavillion, Bukit Jalil turut di hadiri oleh Pengurus dan Pengasas Fipper Mr Jack Lim, Mr Jean & Mr Danny serta rakan kolaborasi dari Syarikat Perbangan Malaysia (Malaysia Airlines).


Majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan penampilan khas, Juara Big Stage 2019, Han-Byul yang turut memeriahkan majlis tersebut dengan persembahan yang hebat.


Ini kali pertama Han-Byul dijemput oleh Fipper bagi membuat persembahan. "Saya kagum kerana jenama ini milik Malaysia. Saya selalu nampak kedai Fipper, saya ingat ini adalah jenama luar negara. Rupanya ia adalah produk tempatan," ujar Han-Byul sewaktu ditemui semasa majlis pelancaran butik terbaru milik Fipper itu.


Fipper sentiasa kehadapan bagi memastikan jenama ini sentiasa kekal relevan dengan gaya masyarakat moden. Kami sentiasa membuat penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan kami menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Commentaires


bottom of page