top of page
Writer's pictureMYB

Filem Thailand Rangkul Anugerah Tertinggi, Malaysia Ungguli Empat Kategori Anugerah Di FFAP Ke-61

Malam kemeriahan Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-61 yang berlangsung malam semalam di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highland telah mencatat sejarah apabila filem Thailand "How To Make Millions Before Grandma Dies" dinobatkan sebagai Filem Terbaik.


Filem Thailand Rangkul Anugerah Tertinggi, Malaysia Ungguli Empat Kategori Di FFAP Ke-61

Filem komedi/drama Thailand ini bukan sahaja membawa pulang trofi utama, malah berjaya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui lakonan cemerlang Puthipong Assaratanakul, serta Lakonlayar Terbaik yang dimenangi oleh Thodsapon Thiptinnakorn dan Pat Boonnitipat.


Wakil Malaysia turut memberikan saingan sengit apabila berjaya mengungguli empat kategori anugerah. Fabian Loo dan Azira Shafinaz masing-masing dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik menerusi filem "Rain Town" dan "Indera". Malaysia turut meraih kejayaan dalam kategori Filem Pendek Terbaik melalui "The Lonely Piano" dan Anugerah Khas Juri menerusi filem "EMP4T".




 

SENARAI PENUH KATEGORI ANUGERAH DAN PEMENANG


  • Filem Terbaik

    How To Make Millions before Grand Dies ( Thailand)


  • Pengarah Terbaik

    Anslem Chan Mou Yin

    Filem: The Last Dance (HongKong)


  • Pelakon Lelaki Terbaik

    Puthipong Assaratanakul

    Filem: How To Make Millions Before Grandma Dies ( Thailand)


  • Pelakon Wanita Terbaik

    Michelle Wai

    Filem: The Last Dance (Hong Kong)


  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

    Fabian Loo

    Filem: Rain Town (Malaysia)


  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

    Azira Shafinaz

    Filem: Indera (Malaysia)


  • Lakonlayar Terbaik

    Thodsapon Thiptinnakorn, Pat Boonnitipat

    Filem: How To Make Millions Before Grandma Dies (Thailand)


  • Sinematografi Terbaik

    Joseph Christoforus Fofid

    Filem: Woman From Rote Island ( Indonesia)


  • Suntingan Filem Terbaik

    William Chang Suk Ping/ Curran Pang

    Filem: The Last Dance (Hong Kong)


  • Skor Muzik Terbaik

    Indraadip Dasgupta

    Filem: Padatik (India)


  • Kesan Bunyi Terbaik

    Book Chien, Sun Sy-Yuan, Thang Hsiang- Chu

    Filem: Eye In The Storm (Taiwan)


  • Kesan Visual Terbaik

    Archin Yen

    Filem : Eye In The Storm ( Taiwan)


  • Pengarahan Seni Terbaik

    Yiu Hon Man

    Filem : The Last Dance (Hong Kong)


  • Solekan/ Rekaan Busana Terbaik

    Somnath Kundu, Sabarni Das

    Filem: Padatik (India)


  • Aksi Kreografi Terbaik

    Filem: Blue Room (Filipina)


  • Filem Pendek Terbaik

    The Lonely Piano (Malaysia)


  • Media Baru Terbaik

    Wo Long & Feng Chu


  • Anugerah Khas Juri I

    Filem: EMP4T (Malaysia)


  • Anugerah Khas Juri II

    Filem: Side - Seeing The Movie ( Vietnam/Thailand)


  • Anugerah FPA Most Outstanding Film Maker

    Raymond Wong


  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

    Sammo Hung


 


Filem Thailand Rangkul Anugerah Tertinggi, Malaysia Ungguli Empat Kategori Anugerah Di FFAP Ke-61

Festival yang dianjurkan oleh Lomo Pictures Sdn Bhd ini menerima penyertaan memberangsangkan dengan 268 penyertaan filem dari lebih 20 bandaraya Asia Pasifik, termasuk Bangkok, Beijing, Mumbai, dan Sydney. Menurut Pengerusi Penganjur FFAP ke-61, Aron Koh, hanya 19 filem terpilih ke peringkat akhir selepas melalui proses pemilihan yang ketat.


Filem "The Last Dance" dari Hong Kong turut mencuri tumpuan dengan membawa pulang tiga anugerah utama termasuk Pengarah Terbaik (Anslem Chan Mou Yin), Pelakon Wanita Terbaik (Michelle Wai), dan Suntingan Filem Terbaik.


Filem Thailand Rangkul Anugerah Tertinggi, Malaysia Ungguli Empat Kategori Anugerah Di FFAP Ke-61

Festival berprestij ini turut mengiktiraf sumbangan dua tokoh industri dengan menganugerahkan Raymond Wong sebagai 'FPA Most Outstanding Film Maker' dan Sammo Hung menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.


Penganjuran FFAP di Genting Highland bukan sahaja berjaya mengumpulkan bakat-bakat hebat dari rantau Asia Pasifik, malah telah menjadi platform penting dalam mempromosikan Malaysia di mata dunia, sekaligus mengukuhkan kedudukan negara dalam industri perfileman serantau.



0 komen

Commentaires


bottom of page