top of page
Writer's pictureMYB

Filem Animasi 'Ejen Ali - The Movie' Disiar Di Saluran Rajawali Televisi, Indonesia

Primeworks Studios dan WAU Animation hari ini mengumumkan tayangan filem animasi Malaysia yang mengungguli carta filem pecah panggung, EJEN ALI THE MOVIE di Indonesia pada 18 Februari 2023. Berikutan kejayaan Ejen Ali Musim 1 & 2 menerusi Rajawali Televisi (RTV), filem yang dinanti-nantikan EJEN ALI THE MOVIE kini bakal disiarkan di saluran percuma (FTA - free-to-air) dan turut ditayangkan secara serentak di platform (VOD - video-on-demand).



EJEN ALI THE MOVIE menceritakan tentang seorang ejen bernama Ali yang berusia 12 tahun secara tidak sengaja direkrut sebagai ejen. Lama-kelamaan, Ali semakin bijak melaksanakan peranannya sebagai ejen rahsia Meta Advance Tactical Agency (MATA) dalam misi melindungi kota futuristik Cyberaya dari ancaman bahaya. Ali terkejut apabila mendapati bahawa dia bukan satu-satunya pengguna alat Infinity Retinal Intelligence System (IRIS) kerana MATA kini telah menaik taraf IRIS Neo untuk penggunaan semua ejen MATA. Penemuan IRIS Neo membuatkan Ali mempersoalkan kedudukannya dan kegunaanya kepada MATA. Ali didatangi oleh seseorang yang mendakwa bahawa dia mengetahui tentang hubungan peribadi yang mengejutkan. Dengan mempertaruhkan kesetiaannya kepada MATA, Ejen Ali perlu merungkai hubungan misteri ini.


Kerjasama antarabangsa ini dapat dicapai berkat perjanjian pengedaran bersama RTV, saluran televisyen saluran televisyen percuma nasional di Indonesia. Ejen Ali Musim 1 & 2 telah berjaya memukau penonton Indonesia sejak beberapa tahun lalu. Dengan kejayaan besar ini, Ejen Ali meneruskan misinya bersama EJEN ALI THE MOVIE bermula 18 Februari 2023, 7.15 malam WIB. RTV merupakan Rangkaian TV terbesar di Indonesia yang mempunyai liputan 90% daripada populasi di sana. Ia akan disiarkan serentak di platform lain termasuk penstriman dalam talian dan media digital lain.


Dato' Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.

EJEN ALI THE MOVIE ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat siri televisyen animasi terutamanya setelah mencapai kejayaan besar serta menjadi fenomena pada tahun 2019. Filem ini mendapat sambutan yang positif daripada pengkritik dan penonton. Ramai yang memuji gabungan unik aksi, komedi dan jalan cerita yang memberi inspirasi. Kejayaan filem membuktikan kejayaan penceritaan hebat yang dihasil oleh rakan kongsi kami, WAU Animation dan bagaimana filem ini dapat memikat hati penonton dari semua lapisan masyarakat. Kehadiran RTV Indonesia sebagai rakan saluran televisyen percuma ini memberi peluang yang besar untuk membawa kandungan animasi Malaysia kepada RTV dan membawa Ejen Ali lebih dekat dengan pasaran Indonesia serta mendapat rangkaian peminat baharu di saluran tersebut,” kata Dato' Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.

Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation dan Pengarah Ejen Ali

Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation dan Pengarah Ejen Ali pula berkata, “Kami amat berbesar hati mendengar bahawa EJEN ALI THE MOVIE akan ditayangkan di Indonesia. Ini adalah satu penanda aras yang baik buat filem animasi ini kerana disiarkan secara percuma buat pertama kalinya di Indonesia. Kami berharap Ejen Ali akan terus menjadi 'ejen' kegemaran penonton. Kami berharap karya kami ini dapat memberi inspirasi kepada penonton melalui semangat gigih Ejen Ali dalam berjuang demi kebaikan serta memikat penonton melalui penceritaan visual kami ini. Ejen Ali mempunyai sesuatu yang ingin ditunjukkan kepada semua orang dan kami tidak sabar untuk melihat bagaimana ia berinteraksi dengan penonton!”


“Kami sangat teruja untuk membawa EJEN ALI THE MOVIE ke RTV dan kami komited untuk menyampaikan kandungan berkualiti tinggi yang boleh dinantikan penonton. Sejak Januari, RTV sentiasa berusaha mempamerkan Siri TV Ejen Ali sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membawa cerita yang lebih inovatif dan menghiburkan penonton kami. Kami berharap penonton akan terus menyokong kami dan terus mengikuti platform sosial kami sambil kami berusaha untuk membawa lebih banyak kandungan berkualiti dari rantau Asia Tenggara,” kata Artine S. Utomo, Ketua Pegawai Eksekutif Rajawali Televisi.


Dengan 2 juta penonton setiap minggu di TV3 yang merupakan saluran percuma terbesar di Malaysia dengan lebih 3.7 juta pelanggan di YouTube setakat ini, Ejen Ali ialah salah satu jenama animasi yang paling pesat berkembang di Asia. Siri animasi yang disiarkan di Malaysia sejak 2016 ini telah memasuki pasaran lebih 50 negara, termasuk di rangkaian serantau Netflix, Disney+ Hotstar, Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV di Indonesia dan TV AlMajeed di Timur Tengah dan Afrika Utara.


Filem itu juga telah mencatatkan kejayaan besar apabila berjaya meraih RM30 juta (USD8 juta) serta merupakan satu-satunya filem animasi pecah panggung pada 2019 termasuk platform VOD di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikannya salah satu filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia setakat ini.


Siaran Terkini

Lihat Semua

댓글


bottom of page