Festival Warisan Selera Timur Hidupkan Keunikan Pantai Timur di Lembah Klang
- oleh Editor MYBUZZ
- 1 Jan 2026 12:00 am

Gaya Hidup
Selangor – Nostalgia Pantai Timur bakal mengisi ruang udara Bandar Baru Bangi apabila Festival Warisan Selera Timur dibawakan khas oleh Evo Mall Bangi bermula 5 hingga 7 Disember ini. Acara tiga hari itu dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung, sekali gus menjadikannya antara festival makanan dan budaya Pantai Timur terbesar pernah dianjurkan di Lembah Klang.Mengangkat tema “Rasa Ori Tiga Negeri”, festival ini menghimpunkan warisan kulinari asli dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Lengkap dengan lebih 100 juadah ikonik, persembahan seni tradisi, serta aktiviti kebudayaan untuk seisi keluarga.Pengunjung berpeluang menikmati antara menu terbaik Pantai Timur yang jarang didapati di ibu kota. Antara yang mencuri tumpuan:Satar & Otak-Otak Warung Azis Satar KemamanKeropok Celup Tepung TerengganuKetupat Sotong Dapur AryaniNasi Kerabu, Laksam & Laksa Kelantan–TerengganuKeropok Gemok Pasar PayangTemosa Raja Ikan & Telur, Puding Raja, Sambal Hitam Marvel, aneka kuih tradisiPenganjuran kali ini turut mendapat sokongan Tourism Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen Visit Malaysia 2026, memberi nilai tambah kepada usaha mempromosikan budaya setempat.Selain sajian makanan, pengunjung akan disajikan dengan persembahan tradisi yang menggambarkan identiti tiga negeri Pantai Timur:Persembahan Dikir Barat istimewa menampilkan selebriti Issey dan kumpulan Dikir Exclusive (Jumaat malam)Malam Irama Pantai Timur bersama Ameng Spring, Rosma Sidik dan Syafiq Farhain (Sabtu, 8.30 malam)Persembahan Ulek Mayang & Joget PahangPerkongsian pengalaman Misi Kemanusiaan Sumud Flotilla oleh The Helmis (Ahad)PR Festival Warisan Selera TimurMenurut Ketua Pegawai Eksekutif Evo Mall Bangi, Zetty Rahim, festival ini bukan sekadar acara makanan, tetapi wadah untuk mengetengahkan seni, budaya dan seni kreatif Pantai Timur kepada masyarakat Lembah Klang. Beliau optimis kerjasama bersama jenama seperti Noor Arfa Batik, Cap Bunga Ros, Billo Malaysia dan Azue Bridal mampu mengangkat festival ini ke tahap lebih meriah.Festival ini turut dipenuhi pelbagai aktiviti keluarga dan seni, antaranya Pertandingan mewarna, Bengkel mencanting batik, Bengkel Silat Gayong, Demo masakan tradisional, Cabaran Batu Seremban, Pertandingan menghias pulut kuningPR Festival Warisan Selera Timur.Festival dibuka 10 pagi hingga 10 malam, menjadikannya destinasi hujung minggu yang ideal untuk seisi keluarga dan pecinta budaya. A.M.A. Infinity Solution turut dilantik sebagai pengurus acara bagi memastikan kelancaran penganjuran.#pro-gallery-tdiqk3829-not-scoped .gallery-item-container { opacity: 0 }
#pro-gallery-tdiqk3829-not-scoped .gallery-item-hover::before { background: transparent !important}try {
window.requestAnimationFrame(function() {
var ele = document.getElementById(‘pro-gallery-tdiqk3829-not-scoped’);
var pgMeasures = ele.getBoundingClientRect();
var options = (() => "gallerySizeType:px|enableInfiniteScroll:true|titlePlacement:SHOW_ON_HOVER|gridStyle:1|imageMargin:5|galleryLayout:2|isVertical:true|numberOfImagesPerRow:3|gallerySizePx:300|cubeRatio:1|cubeType:fill|galleryThumbnailsAlignment:none")(ele);
var width = pgMeasures.width;
var height = pgMeasures.height;
var isIOS = /iPad|iPhone|iPod/.test(navigator?.userAgent);
if(isIOS) {
width = width;
width = width;
height = height;
height = height;
} else {
width = width;
width = width;
height = height;
height = height;
}
pgMeasures = { top: pgMeasures.top, width, height };
var isVertical = options.includes(‘layoutParams_structure_scrollDirection:"VERTICAL"’);
var layoutFixerUrl = ‘/_serverless/pro-gallery-css-v4-server/layoutCss?ver=2&id=tdiqk3829-not-scoped&items=3538_1024_1280|3650_1024_1280|3765_1024_1280&container=’ + pgMeasures.top + ‘_’ + pgMeasures.width + ‘_’ + pgMeasures.height + ‘_’ + window.innerHeight + ‘&options=’ + options;
document.getElementById(‘layout-fixer-style-tdiqk3829-not-scoped’).setAttribute(‘href’, encodeURI(layoutFixerUrl));
});
} catch (e) {
console.warn(‘Cannot set layoutFixer css’, e);
}Festival Warisan Selera Timur menjanjikan gabungan unik antara makanan, budaya dan komuniti. Ia dapat menghidupkan kembali kehangatan Pantai Timur di tengah-tengah bandar moden Bangi. Mereka yang merindui rasa kampung halaman mahupun ingin mencuba keaslian hidangan Timur sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang ini.
