top of page
Writer's pictureMYB

Festival Rock Terbesar Malaysia Ditunda Akibat Ancaman Monsun

Peminat muzik rock di Malaysia terpaksa menunggu lebih lama untuk menyaksikan festival yang dinanti-nantikan apabila penganjur Rock Warrior Music Festival mengumumkan penangguhan acara tersebut ke Mei 2025.


Festival Rock Terbesar Malaysia Ditunda Akibat Ancaman Monsun

Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November 2024 di KL Base, Sungai Besi ini terpaksa ditangguhkan berikutan jangkaan cuaca buruk sempena permulaan musim Monsun Timur Laut.


Menurut kenyataan Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. selaku penganjur, keputusan ini dibuat berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengunjurkan hujan lebat dan risiko banjir bermula awal November 2024 hingga Mac 2025.


"Keselamatan peminat dan kelancaran festival adalah keutamaan kami," jelas Dato’ Eddy Amir Bin Salim selaku penganjur dalam kenyataan rasmi mereka. Penganjur turut menegaskan bahawa mereka mengambil kira sensitiviti masyarakat yang mungkin terkesan dengan bencana banjir.


Festival yang menampilkan barisan artis rock tempatan ternama seperti Wings, XPDC, Search, dan Ella ini merupakan antara festival rock terbesar yang dinantikan peminat muzik rock tanah air.


Acara yang mendapat sokongan radio Sinar sebagai radio rasmi dan Gempak sebagai rakan media digital ini turut menampilkan kumpulan-kumpulan popular seperti Spider, May, dan Dog Suvi.


Bagi pemegang tiket yang telah membuat pembelian, pihak penganjur mengesahkan bahawa semua tiket yang telah dibeli kekal sah untuk tarikh baharu pada Mei 2025.


Maklumat lanjut mengenai tarikh baharu akan dikemas kini di laman web dan platform media sosial rasmi penganjur.Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pihak penganjur di talian 019-261 7208.



0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page