top of page
Writer's pictureMYB

Fenomena Rossa: Tiket Konsert 'HERE I AM' Di Axiata Arena Laris Dalam Masa 3 Jam !

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Sri Rossa sekali lagi membuktikan kehangatannya di Malaysia apabila tiket pra-jualan konsert "Here I Am" di Axiata Arena, Bukit Jalil habis dijual dalam masa tiga jam sahaja selepas dibuka pada 11 November 2024.


Fenomena Rossa: Tiket Konsert 'HERE I AM' Di Axiata Arena Laris Dalam Masa 3 Jam !

Yang lebih mengejutkan, tiket kategori Festival yang merupakan antara pilihan utama peminat telah habis dijual dalam masa empat minit, membuktikan sambutan luar biasa daripada peminatnya di Malaysia.


Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 14 Jun 2025 ini merupakan hasil kerjasama antara Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Inspire Production dan SAH Entertainment, menjanjikan persembahan yang memukau dengan rangkaian lagu hit sepanjang 25 tahun kerjaya Rossa.


Fenomena Rossa: Tiket Konsert 'HERE I AM' Di Axiata Arena Laris Dalam Masa 3 Jam !
Datuk Sri Rossa

Dato' Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN menyatakan konsert ini bukan sekadar hiburan, malah sebagai satu inisiatif untuk mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, sekaligus menyokong promosi Tahun Melawat Malaysia 2026.


"Konsert ini adalah kesinambungan daripada tayangan dokumentari 'All Access to Rossa: 25 Shining Years' yang mendapat sambutan hangat bulan lalu," tambah beliau.


Diva yang terkenal dengan suara emasnya itu akan membawakan lagu-lagu popular seperti "Nada Nada Cinta," "Pudar," dan "Hey Ladies," beserta beberapa persembahan eksklusif yang dijamin akan mengujakan peminatnya.


"Saya sangat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur. Sokongan peminat di Malaysia sentiasa menghangatkan hati saya dan saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama mereka setelah 25 tahun berkarya," kata Rossa yang kini bergelar Datuk Sri.


Fenomena Rossa: Tiket Konsert 'HERE I AM' Di Axiata Arena Laris Dalam Masa 3 Jam !

Peminat yang tidak sempat mendapatkan tiket pra-jualan masih berpeluang membeli tiket yang masih ada melalui platform Ticket2U. Konsert ini menawarkan pelbagai kategori termasuk Diamond Center, Diamond, Platinum, Festival, dan Gold untuk memberikan pengalaman terbaik kepada penonton.



0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


bottom of page