top of page
Writer's pictureMYB

Fasha Sandha Kini Duta ALFARO

Jenama tekstil terkemuka ALFARO menyasarkan jualan sehingga RM 7 juta bagi koleksi Ramadan dan Raya pada tahun ini. Pengasasnya, Farooq Ahmed berkata, ia melibatkan penjualan lebih 70,000 pasang baju bagi setiap kategori yang didatangkan pada harga yang sangat berpatutan



Melihat kepada sambutan hangat pada jualan pada sambutan Ramadan dan Raya pada tahun lalu, Farooq Ahmed yakin hasil jualan pakalan pada tahun ini juga akan bertambah lebih 100 peratus.


“Sebelum ini, ramai peniaga terduduk akibat akibat penularan COVID-19. Pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial dalam negara turut membantu merangsang semula jualan kerana semua aktiviti telah dibenarkan seperti biasa.


“Pemulihan ini semakin ketara apabila orang ramat masih lagi membeli walaupun bukan di musim perayaan. Saya percaya jualan Alfaro akan lebih meningkat sempena sambutan Ramadan dan raya tahun ini,” katanya


Setelah 16 tahun berada dalam pasaran, akhirnya Alfaro buat julung kali melantik pelakon Fasha Sandha sebagai duta koleksi pakaian jenama tersebut selama dua tahun.


Menurut Farooq Ahmed, pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan Fasha Sandha kerana aktres itu memberi pengaruh yang sangat besar kepada masyarakat tempatan dan secara tidak langsung dapat memperkenalkan jenama Alfaro dengan lebih meluas.


“Ini adalah jalinan pertama kami bersama selebriti terkenal dan saya yakin kerjasama dengan Fasha Sandha akan memberi impak besar kepada perniagaan kami.


“Seperti semua tahu, Fasha Sandha juga mempunyal komitmen yang sangat tinggi selain disiplin kerja yang bagus dan ia buat saya tertarik kerana dua kriteria in penting untuk seseorang mahu berjaya.


“Malah siapa tahu, kehadiran Fasha Sandha juga mungkin akan memberi hasil jualan lebih daripada jangkaan sasatan kami,” katanya.


Sementara itu, Fasha Sandha ketika ditanya mengapa bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama Alfaro, dia melihat keikhlasan pemiliknya yang bersungguh-sungguh dalam memastikan produk keluarannya berkualiti tinggi buat pembeli.


“Saya berbesar hati apabila diberi peluang bekerjasama dengan Alfaro dan berharap dengan penglibatan saya mampu membuat jenama ini lebih dikenali ramai.


“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sehingga memberi kesan buat kita semua, saya mahu orang ramai turut merasa baju raya yang berkualiti dengan harga yang sangat berbaloi,” jelas Fasha Sandha.


Bagi koleksi tahun ini, Alfaro muncul dengan Abaya Dubai, Kurta, Baju Melayu dan Baju Kurung yang berharga serendah RM59 sehingga RM199.


Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman sesawang www.alfaro.com.my. Koleksi baju raya Alfaro juga boleh didapati di Pejabat Korporat & Alfaro Mall di NO 171 Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur, Tel 0326029250 serta cawangan seperti dibawah:


Cawangan ALFARO:


No 23-1/21A-G2C, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur, Tel 0322027762.


NO2.4, Plaza City One Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur , Malaysia


Lot G2, Lotus’s Station 18, Medan Stesen 19/9 , Jalan Pengkalan, Station 18, 31650 Ipoh, Perak.


Lot F-01, Mydin Mall, Meru Raya PT 229412, Meru Raya , 30020 Ipoh, Perak, Malaysia.


Siaran Terkini

Lihat Semua

댓글


bottom of page