Bersiaplah untuk malam keluarga yang paling meriah! Program realiti hiburan terkemuka Malaysia, FAMILI DUO, kembali dengan musim keempat yang penuh dengan kejutan, persaingan sengit, dan bakat luar biasa dari keluarga selebriti kesayangan anda.
Sejak diperkenalkan pada 14 Februari 2021, FAMILI DUO telah menjadi platform untuk selebriti memperkukuhkan hubungan keluarga dan mengangkat nilai kekeluargaan menerusi keindahan muzik. Program ini telah mencetuskan fenomena luar biasa dengan pengikut setianya dan sentiasa mendapat sambutan hangat setiap tahun.
Pada sidang media yang berlangsung di The Grey Box, GMBB, Bukit Bintang hari ini, barisan pasangan selebriti musim terbaharu diperkenalkan bersama hos dan juri yang hebat. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh bintang FAMILI DUO musim kedua seperti Ara Johari, Shaffiq Erwin, Naim Daniel, dan Sissy Iman.
Enam pasangan keluarga telah disahkan untuk memanaskan pentas mingguan FAMILI DUO 4 (FD4). Lima pasangan yang telah diumumkan adalah pasangan Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu) dan Didi Astillah & Yasmin Aziz (sepupu)
Namun, teka-teki terbesar musim ini adalah siapakah pasangan misteri yang akan melengkapkan senarai peserta? Naqiu tampil bersendirian di pentas buat masa ini, menimbulkan persoalan siapakah yang akan bergandingan dengannya.
FAMILI DUO 4 (FD4) musim ini dibawakan khas oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama dan Marigold HL sebagai rakan penaja. Duo juara mingguan akan membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 pada tujuh episod pertama, manakala finalis di pentas akhir berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000! Pemenang mingguan akan ditentukan dari penilaian juri (70%) dan undian atas talian melalui Tonton (30%).
Pengguna Tonton yang berdaftar layak mengundi duo kegemaran mereka sebanyak 50 undi seminggu. Mereka yang melanggan pakej 3 bulan layak mendapat tambahan 100 undian setiap minggu dengan menggunakan ciri TontonUp, menjadikan jumlah undian 150 seminggu. Gunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk menikmati potongan istimewa dengan hanya membayar RM8 bagi langganan 3 bulan.
Program FAMILI DUO musim ini bakal dikemudikan oleh Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program, manakala kerusi juri akan diisi oleh Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor. Enam pasangan selebriti ini akan bertarung dan mempamerkan kreativiti masing-masing menerusi tema berbeza setiap minggu.
FAMILI DUO 4 (FD4) akan bersiaran selama 8 episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.
Jangan ketinggalan mengikuti persaingan sengit ini serta sokong dan undi duo selebriti kegemaran anda di pentas FAMILI DUO nanti! Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial rasmi TV3 di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.
Comentários