Gaya

Eternity by Elfi Raikan Empat Sisi Wanita di FMA 2026

Oleh

Eternity by Elfi Raikan Empat Sisi Wanita di FMA 2026

KUALA LUMPUR – Keanggunan, pesona, keyakinan dan ekspresi diri menjadi inspirasi jenama barang kemas tempatan, Eternity by Elfi apabila membuat penampilan sulung di pentas peragaan Fashionably Modest Asia (FMA) 2026 menerusi koleksi eksklusif Her 4 Facets.

Berlangsung di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights semalam, pertunjukan itu memperlihatkan lapan set barang kemas yang direka untuk meraikan kepelbagaian personaliti wanita serta detik istimewa dalam kehidupan mereka.

Menariknya, koleksi berkenaan bukan sekadar mengetengahkan keindahan barang kemas, sebaliknya membawa falsafah bahawa setiap wanita memiliki identiti dan keistimewaan tersendiri yang boleh diterjemahkan menerusi pemilihan aksesori.

Pengarah Urusan dan Pengasas Elfi Jewellery, Mohd Nazrin Abdul Rahim berkata, konsep Her 4 Facets diinspirasikan daripada sifat batu permata yang memancarkan keindahan menerusi pelbagai sudut.

Menurutnya, seperti batu permata, setiap wanita turut menyerlah menerusi keperibadian dan keunikan masing-masing.

Empat sisi yang diketengahkan menerusi koleksi itu ialah Grace yang melambangkan keanggunan, Allure (pesona), Power (keyakinan) dan Vibrance (ekspresi diri).

     Eternity by Elfi Raikan Empat Sisi Wanita di FMA 2026 Eternity by Elfi Raikan Empat Sisi Wanita di FMA 2026 Eternity by Elfi Raikan Empat Sisi Wanita di FMA 2026 Eternity by Elfi Raikan Empat Sisi Wanita di FMA 2026

Koleksi ‘Her 4 Facets’ Elfi Jewellery serlah keanggunan wanita moden.

 

Lapan Set Barang Kemas, Empat Gaya Kehidupan

Menerusi penampilan sulung berkenaan, Eternity by Elfi memperkenalkan lapan set barang kemas yang merangkumi empat tema pemakaian iaitu perkahwinan, ulang tahun dan majlis malam, penampilan formal serta eksekutif, selain sambutan dan perayaan.

Setiap tema memperlihatkan bagaimana barang kemas boleh menjadi pelengkap gaya yang bukan sahaja menonjolkan estetika, tetapi juga mempunyai nilai sentimental kepada pemakainya.

Daripada penampilan romantis seorang pengantin sehingga gaya profesional wanita bekerjaya, koleksi Her 4 Facets mengetengahkan kepelbagaian pilihan aksesori yang disesuaikan dengan detik dan keperluan berbeza.

    Eternity by Elfi Raikan Empat Sisi Wanita di FMA 2026 Eternity by Elfi Raikan Empat Sisi Wanita di FMA 2026 Eternity by Elfi Raikan Empat Sisi Wanita di FMA 2026

Eternity by Elfi perkukuh debut FMA 2026 menerusi kerjasama dengan Wan & Mary.

 

Penampilan koleksi itu turut diperkukuh menerusi kolaborasi dengan jenama fesyen Wan & Mary, sekali gus mewujudkan gabungan antara rekaan busana dan barang kemas dalam satu persembahan fesyen.

Bagi Nazrin, kerjasama berkenaan membawa makna lebih besar daripada sekadar memperagakan produk kerana ia menjadi ruang untuk memperkenalkan falsafah Eternity by Elfi kepada industri fesyen.

Beliau menjelaskan bahawa Elfi Jewellery sejak awal diasaskan atas kepercayaan bahawa barang kemas seharusnya mempunyai makna, khususnya apabila dikaitkan dengan pertunangan, ulang tahun, hadiah kasih sayang dan pencapaian peribadi.

Falsafah itulah yang mendorong pengenalan Eternity by Elfi sebagai jenama khusus untuk pelanggan yang mahu mengabadikan kenangan penting menerusi rekaan barang kemas peribadi.

Rekaan Mengikut Cita Rasa Pelanggan

Berbeza daripada koleksi barang kemas sedia pakai, Eternity by Elfi memberi tumpuan kepada penghasilan rekaan tempahan khas berdasarkan imaginasi dan cita rasa pelanggan.

“Melalui Eternity by Elfi, apa sahaja rekaan yang diimpikan pelanggan kami dapat dihasilkan khas untuk mereka,” kata Nazrin.

Pelanggan boleh mengemukakan gambar, lakaran atau idea sebagai asas kepada penghasilan barang kemas menggunakan pilihan emas 10K hingga 22K atau platinum.

Pilihan batu pula merangkumi berlian yang dihasilkan dalam makmal (lab-grown diamond), moissanite dan batu permata makmal, dengan harga permulaan RM3,000 bagi spesifikasi tertentu.

Menurut Nazrin, pengenalan batu permata makmal turut menjadi sebahagian daripada langkah syarikat ke arah amalan perniagaan yang lebih sedar dan bertanggungjawab.

Pendekatan itu memberikan ruang kepada pelanggan untuk memiliki barang kemas yang mempunyai identiti tersendiri, tanpa hanya bergantung kepada rekaan komersial yang ditawarkan di pasaran.

Eternity by Elfi Raikan Empat Sisi Wanita di FMA 2026

Pesona Hannah Delisha lengkapkan debut ‘Her 4 Facets’.

 

Hannah Delisha Serikan Pertunjukan

Kehadiran pelakon dan model, Hannah Delisha, yang merupakan duta Elfi Jewellery sejak 2025, turut menyerikan acara berkenaan.

Pemilihan Hannah sebagai wajah jenama itu dilihat seiring dengan imej anggun dan elegan yang menjadi antara identiti utama rekaan Elfi Jewellery.

Popularitinya dalam kalangan peminat pelbagai generasi, termasuk milenial dan Gen Z, turut membantu jenama berkenaan mendekati kelompok pengguna muda yang semakin mempunyai kecenderungan terhadap barang kemas sebagai sebahagian daripada gaya peribadi.

Elfi Jewellery dan Eternity by Elfi turut diumumkan sebagai Rakan Barang Kemas Rasmi FMA 2026, sekali gus memperkukuh penyertaan jenama tempatan itu dalam platform fesyen berkenaan.

Ditubuhkan pada 2014, Elfi Jewellery kini mempunyai rangkaian cawangan di Toppen Johor Bahru, IOI Mall Damansara, Central i-City dan Pavilion Bukit Jalil.

Dengan pengenalan Eternity by Elfi, syarikat itu mengembangkan penawaran daripada barang kemas sedia pakai kepada rekaan tempahan khas yang lebih menekankan personalisasi dan nilai emosi.

Penampilan sulung di FMA 2026 turut menjadi langkah penting buat Eternity by Elfi untuk memperkenalkan identiti baharunya kepada pencinta fesyen, sambil mengetengahkan mesej bahawa barang kemas bukan sekadar pelengkap penampilan, tetapi juga cerminan personaliti dan kisah kehidupan seseorang wanita.

, , , , , , ,

Verified by MonsterInsights