top of page
Writer's pictureMYB

Ernie Zakri Raikan Pencapaian: Dari Billboard Times Square Ke Versi Piano “Masing Masing”

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri, terus mencipta sejarah dalam industri muzik tanah air dengan pelbagai pencapaian luar biasa. Terbaru, beliau melancarkan semula lagu hitnya, “Masing Masing”, dalam versi piano yang penuh emosi dan intim.


Dari Billboard Times Square ke Versi Piano “Masing Masing”

Lagu “Masing Masing” yang asalnya menampilkan kolaborasi dengan Ade Govinda, kini diberi nafas baru melalui susunan muzik minimalis yang hanya diiringi oleh piano. Versi ini menonjolkan kelunakan vokal Ernie Zakri yang penuh penghayatan, memancarkan emosi mendalam dari setiap bait lirik yang disampaikan.


Menurut Ernie, versi piano ini adalah hadiah istimewa buat peminat yang menghargai keindahan lirik dan melodi dalam kesederhanaan. “Saya mahu menonjolkan rasa asli dan kejujuran lagu ini, tanpa sebarang elemen muzik yang mengganggu.


"Dengan pendekatan minimalis ini, saya berharap dapat membawa pendengar merasai inti pati sesebuah lagu dalam perjalanan perasaan yang tulus dan menyentuh hati,” kata Ernie.


Dari Billboard Times Square ke Versi Piano “Masing Masing”

Selain pelancaran versi piano, Ernie Zakri juga meraikan kejayaan lagu “Masing Masing” yang memenangi kategori Lagu Paling Boom Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36). Lagu ini juga berjaya menembusi pasaran Indonesia dan menduduki carta-carta teratas di sana, termasuk dalam senarai Top 50 Indonesia di Spotify.


Ernie Zakri turut mencipta sejarah sebagai artis Malaysia yang dipaparkan dalam senarai EQUAL Spotify dan muncul di papan iklan Billboard Times Square, New York, sebanyak dua kali.


“Ini adalah satu pencapaian besar dalam kerjaya saya dan tanda arah baru untuk saya bekerja lebih kuat. Apa yang saya lakukan ini memang khas untuk peminat saya,” tambahnya.


Dari Billboard Times Square ke Versi Piano “Masing Masing”

Dengan lebih 3.1 juta pendengar bulanan di Spotify, Ernie Zakri menjadi artis wanita Malaysia yang berjaya meraih jumlah pendengar tertinggi tersebut. Lagu “Masing Masing” juga berada di kedudukan ke-8 dalam senarai Spotify Top 50 Indonesia dan menduduki tangga No-1 paling lama di Carta RIM selama 23 minggu.


Ernie Zakri terus membuktikan bahawa beliau adalah salah satu bintang paling bersinar dalam industri muzik Malaysia, dengan pencapaian yang tidak hanya diiktiraf di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.



Siaran Terkini

Lihat Semua

ความคิดเห็น


bottom of page