E.S.H Electrical Sdn Bhd pembekal utama produk elektrik, rumah dan peralatan dapur telah melantik Datin Rita Sosilawati sebagai Duta ESH Raya 2022 sempena bulan Ramadhan dan
Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
Datin Rita Sosilawati juga bekerjasama dengan ESH Electrical untuk melancarkan Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya'. Program ini diwujudkan selaras dengan semangat Ramadan, untuk menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.
Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda baru-baru ini. E.S.H Electrical Sdn Bhd bersetuju untuk menderma barangan elektrik kepada kira-kira 200 keluarga yang terjejas.
Sementara itu di pihak Datin Rita Sosilawati akan melengkapkan pakej bantuan tersebut dengan menyediakan barangan keperluan seperti beras, gula, tepung, dan bekalan makanan lain untuk membantu keluarga-keluarga terbabit menyediakan masakan yang diperlukan untuk bersahur dan berbuka puasa.
"Tiada keluarga yang harus mengalami kelaparan dan lebih menderita pada bulan yang mulia ini, dengan itu kami berharap dapat meringankan beban dan kesulitan mereka," ujar Datin Rita.
Sebagai sebahagian daripada Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya', Datin Rita telah mewakili kedua-dua pihak dan melawat kedua-dua Kampung Kemat dan Kuala Menjing untuk bertemu sendiri dengan keluarga-keluarga yang terlibat dan mengagihkan barangan tersebut kepada mereka dengan bantuan PANDAN (Persatuan Anak Niaga dan Aktiviti Nirmala).
Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya' itu telah dilancarkan secara rasmi di premis E.S.H Electrical yang terletak di Tingkat 3, Bangsar Shopping Centre semalam.
Orang ramai boleh menyemak maklumat lanjut tentang kempen ini di kedai dan mereka yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang kampung masing-masing yang terlibat dan cara untuk terus membantu mereka boleh menghubungi kaunter khidmat pelanggan E.S.H Electrical Sdn. Bhd.
Comentarios