Kuala Lumpur - Aplikasi video kanak-kanak popular, Durioo+, baru-baru ini telah memperkenalkan wajah baharu yang lebih menarik bersama maskot rasmi baharu mereka, Duri, dalam satu majlis pelancaran yang meriah di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.

Dengan kehadiran duta Durioo+, Alif Satar, pelancaran ini mengetengahkan pelbagai ciri baharu pada aplikasinya yang menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih menyeronokkan dan selamat untuk kanak-kanak.
Antara pembaharuan yang paling menarik ialah pengenalan DuDeen, satu fungsi interaktif yang membantu kanak-kanak menghafal doa harian dan surah pendek. Selain itu, aplikasi ini turut dilengkapi dengan DuMinis, iaitu mesej-mesej ringkas berkaitan nilai murni yang diselitkan sebelum setiap video.
Bagi memudahkan ibu bapa mengawal kandungan yang ditonton anak-anak, Durioo+ kini dilengkapi dengan ciri kawalan ibu bapa yang lebih menyeluruh. Ibu bapa boleh menyesuaikan kandungan mengikut umur, minat, dan bahasa pilihan anak-anak mereka.

Ciri-Ciri Baharu Durioo+
Duri – Maskot rasmi Durioo+ yang menjadi peneman anak-anak serta menggalakkan
mereka untuk melayari aplikasi dengan lebih bijak.
Berwajah Baharu – Layout yang diperbaharui sepenuhnya, lebih mesra pengguna, dan
memudahkan kanak-kanak mencari kandungan kegemaran mereka.
DuDeen – Fungsi interaktif yang membantu kanak-kanak menghafal doa harian, surah
pendek, dan ilmu fardu ain.
Parental Control – Ciri kawalan ibu bapa yang membolehkan mereka menguruskan
kandungan mengikut minat anak, umur, dan bahasa pilihan.
DuMinis – Mesej pendek yang mengajar nilai murni sebelum setiap video.
Durioo Games – Permainan pendidikan interaktif yang menyeronokkan dan mendidik.
Durioo Intelligence – Teknologi AI yang mencadangkan kandungan berdasarkan minat
anak menerusi Search, Channel, dan halaman For You.
Kawalan Kandungan Ketat – Semua video ditapis 100% oleh Lembaga Penapisan
Durioo (LPD) untuk memastikan keselamatan tontonan.

Pengasas bersama Durioo+, Nuown Zainal, berkongsi bahawa pembaharuan ini adalah hasil maklum balas pengguna sepanjang tiga tahun operasi mereka. "Kami sentiasa berusaha untuk memberikan kandungan yang berkualiti dan selamat, sambil memudahkan tugas ibu bapa dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islamik," katanya.
Peminat siri animasi Mina Mila dan Durioo+ SHOWTIME! juga boleh bersiap sedia kerana kedua-dua program ini akan kembali dengan musim baharu pada Ramadan ini. Musim baharu ini bakal menampilkan personaliti terkenal seperti Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad dan artis antarabangsa Zain Bikha.
Sejak pelancarannya pada Februari 2022, Durioo+ yang mendapat sokongan Y Combinator W22 dari Silicon Valley kini menawarkan lebih 13,000 video merangkumi pelbagai genre. Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di pelbagai peranti atau menonton melalui pelayar web di web.durioplus.com.
댓글