top of page
Writer's pictureMYB

Dukes Menggegarkan Gelombang Muzik Malaysia Dengan Dua Single Terbaharu

Band indie tempatan yang semakin meningkat naik, Dukes, baru-baru ini melancarkan dua single terbaharu mereka, ‘Fell in Love With a Girl in Bristol’ dan ‘Into The Sky’, yang telah mencuri perhatian peminat muzik tempatan dan antarabangsa.


Dukes
Dukes dianggotai oleh Ziyyad (vokalis), Rayyan (gitaris), Jimbo (gitaris), Umar (bassist), dan Cheng (pemain drum)

DUKES merupakan sebuah band dengan bakat luar biasa dalam mencipta lagu dan menampilkan kreativiti, membawa semangat rock dan jiwa muda melalui muzik, gaya, dan persembahan mereka. Mereka adalah anak muda yang penuh cita-cita, sentiasa berusaha mengatasi batas dan mencapai kejayaan lebih tinggi dalam industri muzik.


Dukes, yang terdiri daripada lima ahli muda iaitu Ziyyad (vokalis), Rayyan (gitaris), Jimbo (gitaris), Umar (bassist), dan Cheng (dramatis), telah memperkenalkan elemen British pop rock dalam karya mereka, menjadikan muzik mereka unik dan segar.


DUKES tertubuh pada penghujung 2022, disatukan melalui kecintaan dan minat mendalam yang sama terhadap irama British Pop Rock yang penuh emosi. Walaupun masih baru dalam industri, single awal mereka seperti ‘Girls’ dan ‘Laila’ berjaya memikat hati pendengar dengan ‘Laila’ meraih lebih 142,000 tontonan dalam masa dua bulan selepas pelancarannya. Persembahan bertenaga mereka di pentas dan keakraban dengan muzik yang dibawa telah meneguhkan reputasi DUKES sebagai band yang semakin mencuri tumpuan.


Pendekatan muzik DUKES adalah berani dan penuh nostalgia, sementara persembahan langsung mereka yang tenaga dengan pantas memikat hati penonton. Bunyi muzik mereka banyak dipengaruhi oleh British Pop Rock dari era '90-an, dengan menambah gaya unik mereka.


"Kami ingin mempersembahkan sesuatu yang baru dalam industri muzik Malaysia sesuatu yang belum pernah didengar sebelum ini," ujar Rayyan.




Single pertama mereka, ‘Fell in Love With a Girl in Bristol’, dilancarkan pada 20 September 2024, merupakan sebuah balada yang menyentuh jiwa, menyelami kerumitan perhubungan cinta. Lagu ini menampilkan struktur dan bentuk muzik yang unik, membawa bunyi British pop rock yang diharapkan dapat memberikan sesuatu yang baru kepada peminat muzik Malaysia.


Tidak lama selepas itu, pada 26 September 2024, Dukes melancarkan single kedua mereka, ‘Into The Sky’. Lagu ini menawarkan bunyi yang lebih eksperimental sambil tetap setia kepada akar rock band tersebut. ‘Into The Sky’ mengisahkan tentang kebebasan dan penemuan diri, dengan lirik yang ditulis secara spontan oleh Ziyyad dan Jimbo.


Dengan gabungan nostalgia rock British dan kreativiti moden, Dukes adalah band yang perlu diperhatikan dalam scene muzik indie Malaysia. Dukes berharap untuk terus berkembang dan mencapai pengiktirafan antarabangsa dengan muzik mereka yang mencerminkan liku-liku kehidupan. Kedua-dua single ini kini boleh didapati di iTunes, Spotify, dan YouTube Music.



Comments


bottom of page