top of page
Writer's pictureMYB

DJ Lin Suria Cinta 'Ditegur' Ustaz?

Terharu! Itulah yan dirasakan penyampai radio, DJ Lin apabila didekati seorang individu lengkap berjubah putih dan berkopiah yang menegurnya serta memberitahu dirinya merupakan pendengar stesen Suria FM dan segmen Suria Cinta khasnya.


Insiden spontan itu berlaku ketika pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid dan sekumpulan media selesai menjamu selera di restoran Fullamak Sup Power, Tanjung Bendahara, Alor Setar di Kedah malam tadi.


Aura 'Suria Cinta'. Dj Lin menyantuni pendengar Suria FM yang menegurnya sewaktu makan malam di Fullamak Sup Power, Tg Bendahara Alor Setar semalam

"Saya terharu apabila ustaz memberitahu dia juga pendengar Suria FM dan segmen Suria Cinta khasnya sebaik saya menyapa mereka yang menegur saya.


"Bagi saya, mewakili Suria FM ini adalah satu penghargaan buat kami kerana mendapat sokongan semua lapisan masyarakat sebagai pendengar setia kami," katanya.


DJ Lin yang juga Pengurus Besar stesen radio itu, dia bagaikan tak percaya pada mulanya sebaik dimaklumkan perkara itu.


Katanya, sokongan seperti itu membuatkan keluarga Suria FM terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik.


"Di pihak kami akan terus berusaha memastikan info dan lagu yang disajikan kepada pendengar memberikan manfaat," katanya.



Terdahulu, individu dalam lingkungan usia 50-an yang dipercayai sebagai imam di kawasan berkenaan singgah menikmati hidangan di kedai yang sama bersama beberapa rakannya.


DJ Lin dan Suria FM berada di Alor Setar sempena Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell edisi utara yang diadakan di Aman Sentral di sini.


Hampir 5,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan gandingan artis 90-an seperti Alim Kris, Rahmad Mega, Safura, Poey dan barisan artis muda termasuk Haqiem Rusli, Tajul, Afieq Shazwan dan Dolla. -MYBUZZ!

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page