top of page
Writer's pictureMYB

Dewan Perniagaan Dan Keusahawanan Selangor Wujudkan Pusat Sehenti Keperluan Peniaga dan Penjaja

Dewan Perniagaan dan Keusahawanan Selangor (DEPENKSEL) mengambil satu lagi inisiatif dalam usaha berperanan sebagai pusat sehenti bagi golongan peniaga dan penjaja mendapatkan keperluan mereka dengan lebih mudah dan terjamin.


Perjanjian usaha sama dimeterai bersama beberapa persatuan di bawah Dewan Perniagaan dan Keusahawanan Selangor (DEPENKSEL) bersama JW Equipment Sdn Bhd

Perkara itu dimetrai dalam satu perjanjian usaha sama antara DEPENKSEL dan JW Equipment Sdn Bhd dimana satu Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang bernama Rangkaian DPU Sdn Bhd dibentuk bagi mengendali program ini dan kedua-dua entiti ini mempunyai pegangan masing-masing di dalam SPV tersebut.


Perjanjian usaha sama itu ditandatangani dan di saksikan oleh Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembanguan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail dalam satu majlis di sini hari ini.


Presiden DEPENKSEL Datuk Anowar Che Omar berkata, secara dasarnya, program ini berfungsi dengan dewan ini mempromosikan barang kelengkapan keperluan peniaga dari kilang JW Equipment kepada golongan peniaga dan penjaja di negeri itu.


"DEPENKSEL berperanan sebagai pusat sehenti dalam menyediakan semua kelengkapan yang diperlukan oleh peniaga dan penjaja termasuk peralatan seperti khemah perniagaan dan alatan lain dengan harga yang lebih berpatutan serta jaminan kualliti terbaik.


"Jadi apabila peniaga dan penjaja memerlukan apa saja berkaitan keperluan alatan perniagaan mereka tidak perlu pening atau tercari-cari sebaliknya boleh mendapatkannya melalui DEPENKSEL," katanya kepada media.


(Kiri) Presiden DEPENKSEL Datuk Anowar Che Omar bersama (kanan) Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembanguan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail dalam sidang media yang diadakan sejurus selepas majlis berlansung

Lebih menarik beliau menambah, peniaga dan penjaja yang juga berpeluang mendapatkan bantuan jika layak menerusi TEKUN, HIJRAH Selangor dan bank sekiranya perlu.


Tambahnya, program ini memanfaatkan segala sumber dan menggunakan jaringan strategik tersedia di samping menerokai peluang- peluang baharu bagi memastikan pembangunan dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat.


Anowar memberitahu, program ini akan bermula di Selangor sebagai permulaan dan akan dilanjutkan ke negeri-negeri lain secara berperingkat.


"Melalui perjanjian usaha sama ini juga, maka ruang lingkup dan jaringan pemasaran DEPENKSEL menjadi lebih luas dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai para peniaga dan penjaja di Selangor khasnya," katanya.

Comentarios


bottom of page