top of page
Writer's pictureMYB

Dedikasi Buat Pejuang Kanser Dalam Lagu 'Cinta Semalam'

Lembaran 2022 di buka dengan pelancaran lagu ‘Cinta Semalam’ buat Zul Ariff dan juga Kamal Hamidi. Ini merupakan buah tangan ketiga untuk kedua dua penyanyi ini.


Kamal Hamidi, Zul Ariff, Cinta Semalam
Kamal Hamidi dan Zul Ariff mendedikasikan 'Cinta Semalam' buat pejuang-pejuang kanser.

Zul Ariff sebelum ini pernah muncul dengan single pertamanya yang bertajuk ‘Saat Aku’ dan diikuti dengan single keduanya lagu koloborasi bersama Mimifly bertajuk ‘Iya’ yang dilancarkan pada tahun 2021.


Kamal Hamidi pula sebelum ini pernah muncul dengan single ‘Selagi Nafas’ dan ‘Terbuai Perasaan’. Kedua dua single beliau merupakan OST kepada sebuah drama popular tanah air.


Lagu Cinta Semalam adalah hasil ciptaan Ilusinasi dan Zul Ariff, manakala susunan muzik dilakukan oleh saudara Iswandy Atan. Lagu Cinta Semalam merupakan mempunyai keunikan sendiri di mana kedua dua penyanyi yang mempunyai dua vocal range yang berbeza disatukan dalam satu lagu.


Menurut Kamal Hamidi dan Zul Ariff, "idea asal lagu Cinta Semalam terhasil ketika negara sedang dalam tempoh PKP 3.0, semasa mereka berkongsi cerita tentang perkhabaran duka dari sahabat handai serta kehilangan orang2 terdekat antara mereka yang diuji dengan penyakit kanser.


"Sebagaimana kita sedia maklum Kanser adalah antara penyakit utama di Negara kita. Harapan kedua dua penyanyi ini agar Lagu Cinta Semalam dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan memberi suntikan semangat untuk bangkit melawan penyakit kepada semua pejuang kanser di negara ini," - Zul Arif

Lagu Cinta Semalam boleh mula didengari di semua digital platform sejak 21 Jan 2022 dan lirik video juga di lancarkan pada hari yang sama dan boleh di tonton di Youtube saluran Zakh Music.



Comments


bottom of page