top of page
Writer's pictureMYB

Dayang Nurfaizah Tampil 8 Susunan Semula Lagu Klasik Malar Segar Dalam BELAGU II

Detik yang dinanti akhirnya tiba! Penyanyi terkenal yang juga sudah meraih pelbagai anugerah Dayang Nurfaizah atau lebih mesra dikenali sebagai Dayang sudah bersedia untuk melancarkan album studio ke-10, BELAGU II.


BELAGU II tampilkan 8 lagu klasik malar segar yang disusun semula serta 1 lagu baharu bersama iringan muzik oleh Budapest Scoring Orchestra

Album ini juga merupakan sekuel kepada album BELAGU yang dilancarkan pada tahun 2021 yang mana album tersebut menerima pelbagai reaksi positif malah diangkat sebagai penerima bagi beberapa kategori di Anugerah Industri Muzik tahun lalu.


Perkataan ‘Belagu’ membawa maksud menyanyi, diambil dari dialek Melayu Sarawak merupakan sebuah album yang dibarisi lagu-lagu klasik Melayu malar segar yang disusun semula muziknya.


“BELAGU II adalah kesinambungan dari album BELAGU yang dilancarkan awal tahun 2021 yang lalu. Tujuannya sama, bagi album kedua ini, Dayang mahu meraikan lebih banyak lagu memandangkan kesemuanya sangat indah dan boleh dipertontonkan.


Kini, dengan Budapest Scoring Orchestra, kami berharap ia dapat menjangkau lebih ramai pencinta muzik antarabangsa” kata penyanyi yang berasal dari Sarawak ini.


Berdasarkan kejayaan BELAGU, Dayang berharap dapat terus menarik minat semua peminat muzik menerusi satu produksi muzik yang akan menyajikan satu pengalaman menikmati muzik yang lebih mengasyikkan.

 

BELAGU II dibarisi lapan (8) lagu klasik Melayu seperti Nak Dara Rindu, Menanti Di Ambang Syurga, Ketipang Payung, Jauh Di Mata, Mengapa Dirindu, Sejak Ku Bertemu Padamu, Dari Hati Ke Hati dan Umpan Jinak Di Air Tenang yang disusun semula berserta satu (1) lagu baharu, Rindu Menyapa dan kesemuanya diiringi muzik Budapest Scoring Orchestra bersama pemuzik handalan Malaysia.

 

Dayang Nurfaizah

Album ini juga sekali lagi disusun dan diterbitkan oleh penerbit yang tidak asing lagi, Aubrey Suwito. Belagu II juga diedarkan oleh Universal Music Malaysia.


Dayang turut menganggap album ini adalah sebagai satu cara untuknya memperkenalkan kembali lagu Melayu klasik kepada generasi muda, dan dalam masa yang sama untuk semua yang mendengar menghayati kembali keindahan lagu-lagu klasik ini.


“Dayang berharap agar semua peminat Dayang akan menghargai album ini dan menerima mesej yang mahu Dayang sampaikan. Dayang mahu semua pendengar khususnya generasi muda mengenali lantas menghargai khazanah lagu-lagu klasik Melayu kita.


“Jika kita sendiri tidak mengangkat warisan ini, lambat-laun ia akan berkubur begitu sahaja. Dayang anggap penghasilan album ini bukan saja satu penghargaan kepada orang-orang lama tapi juga sebagai satu tanggungjawab sebagai anak seni.


“Dayang berharap BELAGU II akan terus mengingatkan kita semua untuk meraikan lagu-lagu klasik melayu warisan kita demi generasi masa hari ini dan akan datang.”- DAYANG NURFAIZAH


Album ini akan dilancarkan di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music dan Deezer bermula 27 Januari 2023 ini .Sementara itu, para peminat sudah boleh membuat pra-tempahan/pra-simpanan/pra-tambah album ini sekarang!

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page