top of page
Writer's pictureMYB

Datuk Sri Siti Nurhaliza Abadi Dalam 'Sejarah', Hasil Koloborasi Bersama Erwin Gutawa


Datuk Sri Siti Nurhaliza Abadi Dalam 'Sejarah', Hasil Koloborasi Bersama Erwin Gutawa
Lagu Sejarah mempunyai signifikan tersendiri dalam karier Siti Nurhaliza yang bakal mencecah usia 30 tahun berkecimpung di dalam industri muzik.

Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, sekali lagi memukau peminat dengan pelancaran single terbarunya bertajuk 'Sejarah' yang dilancarkan hari ini, 14 November 2024.


Single yang menandakan perjalanan seni selama tiga dekad ini merupakan hasil kolaborasi istimewa bersama komposer terkemuka Indonesia, Erwin Gutawa.


Lebih mengujakan, 'Sejarah' bukan sekadar lagu biasa. Ianya diiringi oleh Czech Symphony Orchestra yang memberikan sentuhan orkestra yang megah, sesuai dengan kedudukan Siti sebagai ikon muzik Malaysia.


Lirik lagu ini pula dihasilkan oleh Gita Gutawa, anak kepada Erwin Gutawa, yang menulis tentang perjalanan hidup dan rasa syukur.


"Lagu ini sangat dekat dengan hati saya. Setiap kali menyanyikannya, ia membawa saya kembali ke setiap detik perjalanan karier saya dalam industri," kata Siti yang kelihatan teruja berkongsi tentang single terbarunya.


Datuk Sri Siti Nurhaliza Abadi Dalam 'Sejarah', Hasil Koloborasi Bersama Erwin Gutawa
Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza

Proses rakaman vokal yang dikendalikan oleh Aubrey Suwito di Kuala Lumpur telah menghasilkan sebuah karya yang menakjubkan.


'Sejarah' merupakan hadiah istimewa Siti Nurhaliza buat peminatnya sebelum melabuhkan tirai 2024, selepas kesibukan beliau mengadakan beberapa siri konsert sepanjang tahun ini.


Lagu ini bukan sahaja menandakan kemuncak perjalanan seninya, malah menjadi bukti bahawa Siti Nurhaliza kekal relevan sebagai ikon muzik tanah air setelah 30 tahun berkarya.


Single terbitan SN Legacy Sdn. Bhd dan Universal Music Sdn Bhd ini kini boleh dinikmati di semua platform penstriman digital.





Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


bottom of page