Menara Kuala Lumpur bakal menawarkan pengalaman berbuka puasa (iftar) yang unik dengan bufet Ramadan eksklusif "Dari Dapur TEMU" pada bulan Ramadan 1446 Hijrah ini. Bermula 5 Mac hingga 28 Mac 2025, pengunjung berpeluang menikmati lebih 200 hidangan tradisional sambil menyaksikan keindahan bandaraya Kuala Lumpur dari ketinggian 288 meter.
Menurut Encik Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., bufet Ramadan kali ini istimewa kerana ia diuruskan sepenuhnya oleh MKL Cuisine Sdn. Bhd., anak syarikat Menara Kuala Lumpur.
Antara hidangan yang menjadi tarikan utama ialah Kambing Golek Manja yang diperap dengan resipi tradisional, Lidah Lembu Bakar, Sup Power Rusuk Lembu, Vietnamese Roll 288, dan Shawarma Ayam d'TEMU.
Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati hidangan yang lazat, malah turut dihiburkan dengan persembahan muzik santai oleh kumpulan The Sky Band. Bufet akan dibuka dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam di TEMU Utama, TH03.
Tawaran 'Early Bird' yang bermula dari sekarang sehingga 31 Januari 2025 menawarkan harga istimewa iaitu RM119 (dewasa) dan RM59 (kanak-kanak 5-12 tahun) untuk hari biasa, manakala RM129 (dewasa) dan RM69 (kanak-kanak) untuk hujung minggu dan cuti umum.
Lebih menarik, setiap pembelian pakej bufet Ramadan ini akan menerima tiket percuma ke Sky Deck dan Pelantar Pemandangan Menara Kuala Lumpur.
"Ini adalah peluang yang cukup menarik untuk dinikmati. Sambil berbuka puasa, pengunjung dapat meneroka keindahan Menara Kuala Lumpur dan semuanya dalam satu harga!" tambah Encik Nazli.
Dalam usaha meraikan bulan Ramadan, pihak Menara Kuala Lumpur turut merancang Program Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menjemput anak-anak yatim, asnaf, pelajar madrasah, dan sekolah tahfiz dari sekitar Lembah Klang untuk turut sama berbuka puasa.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di +603-2020 5421 atau melayari media sosial rasmi @menarakl di Facebook, Instagram, dan TikTok.
Comments