top of page
Writer's pictureMYB

D'Jue Anjur Seminar Pengurusan Diabetes

Seminar Manage Your Diabetic With Dr Jue (MYDJ) ini dianjurkan oleh D’jue. Dr. Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali sebagai Dr. Jue, seorang pakar kesihatan holistik yang terkenal menganjurkan seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai diabetes, cara pencegahan, serta teknik pengurusan penyakit ini melalui gaya hidup yang sihat.


Dr. Jue memulakan seminar dengan membincangkan peningkatan kes diabetes di Malaysia, serta menegaskan bahawa ramai orang tidak menyedari mereka berada dalam tahap pradiabetes, yang merupakan tahap awal sebelum seseorang didiagnosis dengan diabetes. Statistik menunjukkan bahawa 54% rakyat Malaysia kini menghidap obesiti, yang merupakan faktor utama penyumbang kepada diabetes.



Sesi seminar diteruskan dengan perkongsian Dr. Jue mengenai punca, tanda awal, dan kesan negatif diabetes jika tidak dirawat. Beliau turut menggalakkan peserta untuk mengubah amalan pemakanan mereka, seperti mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang sering menjadi penyebab utama peningkatan paras gula darah.


Seminar ini juga membincangkan tentang penggunaan ubat-ubatan dalam pengurusan diabetes. Dr. Jue memberi penjelasan mengenai keberkesanan rawatan farmasi, sambil menekankan bahawa perubahan gaya hidup adalah kunci utama dalam mengawal diabetes.



Dr. Siti Juariah Kusni atau Dr. Jue


“Penyakit diabetes boleh reverse dan kita perlu tahu cara tepat untuk membantu diri kita sendiri. Jadi kita buat seminar 1 hari ini dan saya ajar para peserta tentang sebelas protokol yang merangkumi cara pemakanan, gaya hidup dan amalan yang baik untuk reverse diabetes” katanya dalam siding media.


Jelasnya lagi, seramai lebih 800 orang peserta menghadiri seminar MYDJ kali keempat ini dan hanya dibuat setahun sekali sahaja.


"Saya harapkan lebih ramai pesakit dapat menyertai seminar akan datang untuk lebih faham mengenai penyakit diabestes ini dan saya sasarkan lebih ramai pesakit tahu bagaimana cara reverse dengan protokol yang saya terangkan" ujarnya lagi.


Zainab Ahmad, 53, mengidap diabetes GDM pada tahun 2010 namun tidak mengambil sebarang rawatan hospital.



Zainab Ahmad, Pengidap Diabetes


"Saya bermula dengan diet sendiri tanpa apa-apa ilmu namun gagal dan bacaan gula terus meningkat, pada tahun 2019 baru saya mengambil ubat kencing manis sehingga sekarang.


"Saya mengetahui mengenai Dr. Jue ni dari media sosial dan perkongsian rakan-rakan online, dari situ saya selalu melihat video-video beliau dan menyertai seminar ini untuk belajar menegenai ilmu reverse diabetes lebih lanjut" kongsi Zainab.


Manakala, Suzana Ibrahim, 52, yang telah mengidap diabetes hampir 2 tahun menjelaskan tabiat ‘sweet tooth’ dan menggemari makanan manis menyebabkan paras gula dalam darah meningkat naik.


Suzana Ibrahim, Pengidap Diabetes


“Sebelum ini, content Dr. Jue selalu keluar dalam media sosial tetapi saya tidak pernah menghiraukannya sehinggalah pada dua minggu lepas saya ternampak posting beliau yang mempromosikan seminar ini dan saya terus berminat menyertainya.


“Banyak ilmu yang saya pelajari dalam seminar ini terutama protokol pemakanan dan senaman yang perlu dilakukan, dan pasti saya akan amalkannya untuk kesihatan lebih baik” jelasnya.


Dalam masa sama, Dr. Jue memberikan nasihat kepada ibu bapa mengenai penjagaan pemakanan anak-anak sejak kecil. Beliau menekankan pentingnya ibu bapa mencari ilmu tentang pemakanan yang sihat untuk keluarga mereka.


“Saya ingin menyeru kepada ibu bapa agar memberi perhatian serius kepada pemakanan anak-anak mereka. Makanan segera dan makanan tinggi gula seperti bijirin bergula, susu manis, dan snek yang diproses harus dielakkan. Sebaliknya, memperkenalkan makanan yang penuh dengan nutrisi, seperti telur dan makanan berserat tinggi, adalah sangat penting dalam membentuk diet harian anak-anak,” kata Dr. Jue.


Dr. Jue berkongsi harapannya untuk masa depan D’ Jue Wellness. Beliau berharap dapat menganjurkan lebih banyak program pendidikan kesihatan yang meluas untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penjagaan ke

0 komen

Comments


bottom of page