Penggemar makanan tradisional Malaysia kini berpeluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang istimewa di STYLE All-Day Dining, THE FACE Style Kuala Lumpur. Sempena bulan Ramadan 2025, restoran ini memperkenalkan buffet Ramadan "Citarasa Bonda", yang menggabungkan kelazatan hidangan tempatan dengan persembahan muzik ghazal secara langsung.

Bermula 7 Mac sehingga 28 Mac 2025, para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan istimewa termasuk Sup Gearbox yang popular, Kambing Panggang Percik yang lazat, serta Nasi Minyak Terengganu dan Nasi Tomato yang wangi disamping lauk pauk warisan ibunda seperti Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Kambing Masala, Sambal Hijau Sotong, Gulai Ikan Kembong, Salai Itik Masak Lemak Cili Padi, Sambal Goreng Tempeh, Udang Goreng bersalut Telur Masin, Tauhu Lembut Kukus bersama Ayam Cincang Pedas, Kai Lan masak Ikan Masin dan banyak lagi. Bufet ini turut menawarkan pelbagai pilihan hidangan tradisional seperti aneka kerabu, pilihan sup, makanan laut segar, dan pencuci mulut tempatan yang pasti mengimbau nostalgia masakan kampung.
Pengalaman berbuka puasa di sini bertambah istimewa dengan persembahan muzik ghazal oleh kumpulan empat pemuzik yang akan menghiburkan para tetamu setiap malam. Suasana tradisional ini menjanjikan pengalaman berbuka yang lebih bermakna dan meriah.

Bagi yang ingin menjimatkan perbelanjaan, promosi pembelian awal ditawarkan dari 18 Februari hingga 6 Mac 2025 dengan harga RM108+ untuk dewasa, RM54+ untuk kanak-kanak (5-12 tahun), dan RM98+ untuk warga emas. Selepas tempoh tersebut, harga biasa adalah RM138+ untuk dewasa, RM69+ untuk kanak-kanak, dan RM98+ untuk warga emas.
Lebih menarik lagi, pihak pengurusan menawarkan promosi istimewa "Beli 10, Percuma 1" bagi tempahan yang dibuat sebelum 6 Mac 2025. Bufet akan dibuka setiap hari bermula jam 6.30 petang.

"Citarasa Bonda 2025 bukan sekadar bufet Ramadan biasa, tetapi merupakan perpaduan sempurna antara tradisi, muzik, dan hidangan istimewa yang menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan," jelas Pengarah Kluster Pemasaran & Komunikasi Korporat, The Face Hospitality, Nora Ismail.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian +6012 751 6992, +6017 289 1485, atau +603 2168 1770. STYLE All-Day Dining terletak di THE FACE Style, 1020, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Comentarios