Ceres Gold syarikat pemilik koleksi barang kemas dan aksesori emas tersohor di bawah Ceres Jewels yang sering menjadi pilihan kerabat diraja, para kenamaan serta selebriti negara telah secara rasmi membuka ruang pameran 'flagship store' mereka yang terletak di Persiaran Hampshire, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh pemiliknya Dato Sri Navneet Goenka dan dihadiri oleh barisan tetamu yang terdiri dari kerabat diraja, para kenamaan, pereka fesyen dan selebriti tanah air .
Menurut pemilik Ceres Gold, Dato Sri Navneet Goenka, 'trend' membeli emas di Malaysia berlaku sepanjang tahun. Bukan kerana hanya sebagai barang hiasan tetapi yang lebih penting ialah keyakinan pelanggan terhadap nilai emas sebagai pelaburan.
"Pelanggan kini lebih sofistikated dan lebih berpengetahuan mengenai pasaran emas. Kesan daripada pandemik Covid-19 dua tahun lalu, harga emas menunjukkan trend peningkatan memberi keyakinan kepada pelaburan barangan emas.
"Emas adalah satu aset yang terbukti menguntungkan kepada pembeli dan peminatnya. Tuntasya, pelaburan untuk barangan emas patut diteruskan. Lebih-lebih lagi emas adalah pelindung nilai terhadap inflasi.
"Pembeli emas digalakkan terutamanya jika ia bertujuan sebagai pelaburan jangka panjang.Malaysia adalah negara yang terbaik untuk membeli barangan kemas kerana tiada sebarang cukai terhadap barang kemas berbanding dengan negara lain," jelas beliau.
Terletak di lokasi yang stategik berhampiran KLCC, ruang pameran Ceres Gold telah disenarai sebagai antara 3 ruang pameran barang kemas terbaik di Malaysia. Selain ruang pameran yang luas, premis ini turut menawarkan pengalaman eksklusif penuh privasi buat pelanggan-pelanggan mereka. Menjadikan ia sebagai pusat sehenti, premis ini mempamerkan lebih dari 10 ribu koleksi mewah perhiasan berlian serta batu permata selain emas 916 rekaan Itali yang terkini.
Bersempena dengan perasmian tersebut, Ceres Gold turut bekerjasama dengan dua pereka fesyen tempatan, Thalia dan Bon Zainal dengan melancarkan Kempen CERES Seri Lebaran. Kedua-dua pereka fesyen tersebut telah memperaga koleksi fesyen lebaran mereka beserta koleksi barang kemas dari Ceres dalam satu pertunjukan fesyen.
Kredit : FB/CeresGold
Ceres Gold juga turut menawarkan diskaun menarik dan peraduan 'Win 1KG Gold Bar'. Dengan pembelian minima 6gm emas, pelanggan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik serta hadiah utama berupa 1KG jongkong emas.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengikuti hebahan kempen terkini di platform media sosial CERES Gold
Comments