top of page
Writer's pictureMYB

Casio Rai 50 Tahun Pembuatan Jam Tangan Dengan Koleksi Kedua Merentasi Jenama

Sempena ulang tahun ke-50 pembuatan jam tangan Casio, syarikat tersebut telah melancarkan koleksi edisi istimewa yang menggambarkan visi pembangunan Casio dalam "menjadikan sesuatu daripada tiada". Koleksi baru ini merangkumi lima model jam tangan dari jenama utama Casio, iaitu CASIOTRON, G-SHOCK, EDIFICE, PRO TREK, dan BABY-G.


Casio Rai 50 Tahun Pembuatan Jam Tangan Dengan Koleksi Kedua Merentasi Jenama

Setiap jam dalam koleksi "Zero to One" ini berkongsi tema warna hitam dan emas, yang mencerminkan kemunculan cahaya pertama yang memecahkan kegelapan. Elemen rekaan khas seperti motif 0 dan 1, serta ukiran corak segitiga daripada model CASIOTRON QW02 yang asal, turut digunakan untuk memberikan penampilan yang unik bagi jam-jam ini.


"Zero to One" merujuk kepada visi Casio untuk sentiasa berinovasi dan menghasilkan produk baharu yang belum pernah dilihat sebelumnya. Sejak melancarkan jam tangan digital pertama di dunia dengan fungsi kalendar automatik pada tahun 1974, Casio terus komited untuk menyediakan produk inovatif yang memperbaiki kehidupan pengguna.


Casio Rai 50 Tahun Pembuatan Jam Tangan Dengan Koleksi Kedua Merentasi Jenama

Antara model terbaru ini ialah CASIOTRON TRN-50ZE yang menggabungkan rekaan model asal dengan ciri-ciri terkini seperti sambungan smartphone dan solar charging. Model G-SHOCK GMC-B2100ZE pula menampilkan bezel oktagon yang bahan logamnya tahan hentakan.


Selain itu, model EDIFICE EFS-S640ZE menggunakan bahan komposit karbon gentian dalam reka bentuknya, sementara PRW-6900ZE PRO TREK menampilkan jalur nilon komposit yang mesra alam. Bagi BABY-G BGD-S565ZE pula, ia merupakan model pertama jenama ini yang menggunakan resin berasaskan bio dan sistem 'solar charging'.


Koleksi jam tangan edisi khas 50 tahun Casio ini bakal menyerlahkan lagi komitmen syarikat untuk terus berinovasi dan mencipta nilai baharu dalam industri pembuatan jam tangan.



Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page