top of page
Writer's pictureMYB

CARING Pharmacy Lancar Perkhidmatan Preskripsi Elektronik Percuma - CariDoctor

Bersempena dengan Hari Farmasi Sedunia 2022, CARiNG Pharmacy melancarkan CariDoctor, perkhidmatan preskripsi elektronik yang serba baru, sebagai satu solusi penjagaan kesihatan yang terbaru dan paling inovatif.



Perkhidmatan ini membantu para pelanggan untuk mendapatkan khidmat nasihat perubatan secara percuma dan segera tentang gejala ringan yang tertentu di semua cawangan CARiNG Pharmacy dan cawangan Georgetown Pharmacy serta Wellings Pharmacy yang terpilih di seluruh negara. Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy merupakan ahli CARiNG Pharmacy Group.


Hasil kerjasama dengan rakan-rakan doktor, CARiNG Pharmacy Group menubuhkan satu solusi sehenti untuk keperluan penjagaan kesihatan para pelanggan. CariDoctor membolehkan para pelanggan mendapatkan khidmat nasihat profesional dan preskripsi perubatan oleh doktor yang disahkan untuk keperluan perubatan yang tertentu, sebelum mendapatkan khidmat nasihat lanjutan.


Memandangkan keperluan kesihatan di kalangan para pelanggan berbeza, pendekatan yang lebih peribadi hasil usahasama dengan doktor-doktor perubatan terbukti efektif dalam membantu keperluan tertentu para pelanggan.


Dengan menggunakan platform atas talian yang khusus, para pelanggan yang perlu bertemu doktor bagi mendapatkan keperluan perubatan dibolehkan untuk berkomunikasi dan mendapatkan khidmat nasihat secara segera oleh para profesional yang terlatih untuk pengurusan pesakit secara maya dengan efektif menggunakan peranti mudah alih.


Sehingga kini, CARiNG Pharmacy Group sentiasa memperkenalkan pelbagai perkhidmatan farmasi yang khusus bagi memenuhi keperluan masyarakat. Maka, bersempena Hari Farmasi Sedunia pada 25 September 2022, CARiNG Pharmacy Group mempromosi kesihatan dan gaya hidup yang lebih sihat dengan mendidik masyarakat berkenaan perkhidmatan percuma yang telah tersedia kepada para pelanggan CARiNG Pharmacy pada bila-bila masa. Ini termasuk:

  • Pemeriksaan Kesihatan (Ujian Tekanan Darah, Ujian Kadar Glukosa & Ujian Kolestrol)

  • Jom Kurang Manis (Khidmat nasihat Diabetes)

  • Makan Berzat Kekal Sihat (Perkhidmatan Pengurusan Berat Badan)

  • Do It Right (Kempen Pembuangan Alat Perubatan Dengan Selamat)

  • 3C CARING Customer Care (Rekod MyHealth, Semakan Penggunaan Ubat, Sistem Pemantauan Dos & Pengurusan Penyakit Kronik)

  • Khidmat Nasihat Asthma

Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy, En. Chong Yeow Siang berkata, “Kami amat berbangga kerana mampu memainkan peranan dalam menyediakan perkhidmatan yang diperlukan masyarakat di Malaysia sambil mempromosi amalan gaya hidup sihat dengan ‘CariDoctor’, perkhidmatan preskripsi elektronik yang baru. Di CARiNG Pharmacy Group, kami sentiasa berinovasi untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh membantu para pelanggan dalam khidmat nasihat perubatan yang mudah, berkualiti, mampu milik dan dipercayai.


“Kami juga bangga dapat menyediakan perkhidmatan percuma ini, secara langsung dapat membantu setiap lapisan masyarakat. Dengan sambutan Hari Farmasi Sedunia 2022, saya ingin mengambil peluang ini untuk menjemput semua rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan percuma ini di seluruh negara bagi menzahirkan gaya hidup sihat dan mendapat pengesanan awal tentang potensi masalah kesihatan.”


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://caring2u.com/pharmacy-service-2/.


Penafian:

CariDoctor berfungsi sebagai saluran alternatif untuk pesakit berunding dengan doktor mereka. Hanya beberapa keadaan perubatan yang sesuai untuk telekonsultasi menggunakan CariDoctor. Doktor akan menilai sejarah perubatan anda, simptom semasa dan sebarang dokumen lain yang tersedia untuk menentukan sama ada keadaan anda sesuai untuk telekonsultasi atau merujuk anda untuk terus berjumpa doktor secara peribadi.

Pengurusan Penyakit Kronik adalah program untuk menggalakkan susulan perubatan secara berkala dengan doktor untuk pesakit yang menghidap penyakit kronik bagi mengelakkan komplikasi.


PENTING: JANGAN GUNAKAN TELEKONSULTASI UNTUK HAL KECEMASAN PERUBATAN. Jika anda mengalami kecemasan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor secara peribadi atau hubungi nombor perkhidmatan perubatan kecemasan dengan segera.


0 komen

Comments


bottom of page