top of page
Writer's pictureMYB

Cabaran Buat Akid Aziz Menuju Gelaran Juara CP150 Di Medini

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Akid Aziz berada selangkah lagi untuk menggenggam gelaran juara keseluruhan kategori CP150 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix bagi musim ini di Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri hujung minggu ini.


Cabaran Buat Akid Aziz Menuju Gelaran Juara CP150 Di Medini

Dengan enam kemenangan dan satu kedudukan kedua dalam musim semasa, pelumba kelahiran Selangor ini kini mengungguli carta kejuaraan dengan 175 mata, mendahului rakan sepasukannya dengan margin 48 mata.


"Saya tidak merasa sebarang tekanan dari segi persaingan kerana gelaran juara sudah hampir di tangan. Cabaran utama sebenarnya adalah mencari 'setup suspension' yang sempurna," kata Akid yang memenangi gelaran juara CP150 musim lalu.


Cabaran Buat Akid Aziz Menuju Gelaran Juara CP150 Di Medini

Litar Medini bukanlah asing bagi Akid yang pernah mencatat masa terpantas 43.137 saat dalam sesi Super-Pole di venue sama sebelum ini. Namun, pelumba berbakat ini mengakui bahawa data pasukan masih terhad memandangkan Medini adalah litar yang agak baharu dalam kalendar perlumbaan.


"Jentera dan pasukan berada dalam prestasi terbaik musim ini. Walaupun masih ada kekurangan dari segi 'setup', saya dapat mengatasinya dengan mengubah teknik tunggangan," tambah Akid yang mengimpikan untuk beraksi dalam kategori jentera jenis 'tank' selepas ini.


Berbekalkan pengalaman menaiki podium sebanyak sembilan kali termasuk tiga kemenangan musim lalu, Akid optimis dapat mengulangi kejayaan meraih gelaran juara awal seperti yang dicapai di Litar Lumba Tangkak pada musim 2023.



Comments


bottom of page