top of page

Bufet Ramadan I-Dahlia Corner Hidangkan Kelainan Menu '3 Tops Meletops'

Writer: MYBMYB

Kuala Lumpur - Menyambut Ramadan 2025, I-Dahlia Corner kembali memukau dengan sajian bufet Ramadan istimewa yang menggabungkan resipi melayu tradisional dengan sentuhan moden. Restoran yang terletak berhampiran dengan KLCC di Jalan Persiaran Stonor ini bakal menyajikan lebih 50 jenis hidangan tempatan bermula 2 Mac hingga 29 Mac 2025.


Bufet Ramadan I-Dahlia Corner Hidangkan Kelainan Menu '3 Tops Meletops'
Bufet Sinar Ramadan di I-Dahlia Corner bermula dari 2 sehingga 29 Mac 2025

Menurut pengasasnya, Puan Dahlia Aliruddin, tiga hidangan yang menjadi tarikan utama atau '3 tops ranking' ialah Sup Tulang Meletops, Rendang Minang Dahlia Meletops dan Masak Lemak Siput Sedut Meletops. Keistimewaan hidangan ini terletak pada penggunaan rempah ratus segar seperti serai, kunyit hidup, lengkuas dan halia yang dipilih khas untuk mengekalkan kesedapan rasa asli.


"Kami amat teliti dalam pemilihan bahan mentah. Setiap hidangan yang disajikan mestilah memenuhi piawaian kualiti tinggi untuk memastikan kepuasan pelanggan," jelas Puan Dahlia kepada wartawan semasa majlis previu bufet Sinar Ramadan baru-baru ini.


Bufet Ramadan I-Dahlia Corner Hidangkan Kelainan Menu '3 Tops Meletops'
Lebih dari 50 jenis pilihan hidangan melayu autentik disediakan untuk sajian berbuka pengunjung di sini.

Selain hidangan utama, pengunjung turut boleh menikmati pelbagai pilihan lauk-pauk tradisional seperti Ayam Percik, Ayam Masak Merah, Patin Masak Tempoyak, Asam Pedas Ikan Pari, Masak Lemak Ikan Talang Masin, Udang Sambal Petai, Pecal dan banyak lagi. Bufet ini juga menyediakan pelbagai jenis kuih-muih tradisional serta minuman segar dengan harga serendah RM59+ bagi dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun, warga emas dan OKU.


Bufet Ramadan I-Dahlia Corner Hidangkan Kelainan Menu '3 Tops Meletops'
Pelbagai pilihan kuih muih tradisional, bubur dan buah-buahan segar melengkapi sajian bufet Sinar Ramadan di I-Dahlia Corner

Suasana berbuka puasa di I-Dahlia Corner turut dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu ketuhanan dari jam 6 petang hingga 10 malam. Restoran yang boleh memuatkan sehingga 200 orang ini turut dilengkapi dengan surau untuk kemudahan pelanggan.


Sempena pelancaran bufet Ramadan ini, I-Dahlia Corner turut menganjurkan majlis berbuka puasa bersama 50 anak yatim dari rumah amal asnaf Al-Barakh, Keramat. "Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya di bulan yang mulia ini," tambah Puan Dahlia.


Untuk tempahan awal, orang ramai boleh menghubungi talian 012-3526397, 017-9913907 atau 03-67367641. Selepas Ramadan, restoran ini akan beroperasi seperti biasa dengan menu ala carte selepas jam 10 malam dan akan kembali beroperasi sepenuhnya seminggu selepas Syawal.



Comments


bottom of page