Jenama tas tangan tempatan, Brïk meraikan ulang tahun pertamanya hari ini dengan acara meriah yang menampilkan pelancaran siri 'Chroma Posh Tote' dengan seleksi warna dan rekaan terbaru yang dinanti-nantikan. Acara tersebut akan berlansung selama dua hari sehingga Sabtu, 18 Ogos 2024, di The Rooftop, Avenue K, Kuala Lumpur, mempamerkan gabungan harmoni gaya, fungsi dan penglibatan komuniti.
Diasaskan oleh dua pasangan adik beradik iaitu Amirrul dan Nashrul serta Brina dan Kira, amat berbangga dengan apa yang telah mereka capai dan teruja untuk terus berkembang dan mengembangkan jenama mereka.
Sememangnya, Brïk telah menjadi sinonim dengan kualiti, inovasi, dan estetika abadi. Daripada koleksi Chérie yang ikonik kepada barisan Chroma yang lebih besar, setiap ciptaan menceritakan kisah keghairahan dan dedikasi.
Mengimbas kembali pencapaian setahun Brïk, salah seorang dari pengasasnya, Brina, melahirkan rasa terima kasih atas perjalanan yang luar biasa. "Visi kami adalah untuk mencipta tas tangan yang memberi inspirasi kepada keyakinan dan memperkasakan wanita," katanya. "Sambutan daripada komuniti kami amat menggalakkan."
Sempena ulang tahun pertama mereka, Brïk melancarkan 21 koleksi tas tangan baharu dalam pelbagai warna, material dan reka bentuk, yang dicipta khas untuk peminat setia dan pencinta fesyen mereka.
Chroma Posh Tote diperbuat daripada bahan premium dan berkualiti tinggi. Tote serba guna ini direka untuk semua demografi, menggabungkan bentuk dan kepraktisan dengan selari dan membolehkan semua orang mempamerkan gaya mereka dengan mudah.
Bahagian dalamannya yang luas memuatkan keperluan harian, manakala reka bentuk anggun memastikan ia melengkapkan mana-mana gaya fesyen - daripada gaya kasual kepada keanggunan profesional.
Melengkapi Chroma Posh Tote, Brïk memperkenalkan Petite Chroma Crossbody Beg, versi mini Chroma yang paling laris. Beg kompak ini boleh dipakai silang badan atau digunakan sebagai dompet kecil, menjadikannya aksesori serba boleh untuk sebarang majlis.
Sambutan ulang tahun pertama Brïk bukan sahaja akan menampilkan pelancaran produk baharu tetapi juga tetamu istimewa, termasuk pempengaruh tempatan dan dari negara seberang, Indonesia terdiri dari Leona, Yaya Zahir, Pinn Yang, Johanis Sani dan Azfarheri serta Baim Wong, Paola Serena, Tyna Dwi Jayanti, Hellua Schuldt Hadi, Catherine Sumitri dan Cindy Karmoko disamping pelbagai aktiviti yang menarik dan interaktif turut diadakan untuk tetamu yang hadir.
Koleksi Chroma Posh Tote menetapkan nada – simbol keanggunan, daya tahan dan kuasa kreativiti. Mengorak langkah memulakan tahun kedua, Brïk menjangka untuk mengeluarkan lebih banyak rekaan yang elegan dan sofistikated.
Comments