top of page
Writer's pictureMYB

BOH Sambut Ulang Tahun ke-95

BOH, jenama teh terkemuka negara, baru-baru ini mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-95 di pusat membeli-belah One Utama yang terkenal. Sambutan yang bertemakan ‘95 dan Bru Untuk Masa Hadapan’, berlangsung selama 5 hari sehingga 21 Julai lalu berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung, khususnya peminat setia teh yang ingin merasai pengalaman unik yang ditawarkan oleh BOH.


BOH Sambut Ulang Tahun ke-95

Salah satu acara utama sambutan ulang tahun ke 95 ialah inisiatif BOH Wish Tree. Pengunjung dijemput untuk menulis buah fikiran mereka tentang bagaimana mereka boleh bersama-sama BOH dalam mencorak masa depan yang lebih baik untuk bumi kita.


Untuk setiap ‘wish card’ yang diterima, BOH akan menyumbangkan RM 20 kepada Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) untuk menyokong usaha-usaha Biodiversiti Bandar. BOH menjangkakan untuk mengumpul 1,000 kad dan akan membuat sumbangan keseluruhan sebanyak RM 20,000 untuk membiayai pengumpulan kira-kira 500 anak benih baru.


Para peserta juga berpeluang untuk menghadiri bengkel pendidikan dan praktikal ‘Caring for Our Forest’ yang ditaja sepenuhnya. Ini akan diadakan di Elmina Rainforest Knowledge Centre TRCRC di Shah Alam pada Sabtu, 5 Oktober 2024, sempena Hari Habitat Sedunia 2024. Mereka juga berpeluang untuk melaksanakan pemindahan anak benih.


BOH Sambut Ulang Tahun ke-95

Sementara itu, duta jenama BOH, Fazura, telah melancarkan koleksi tudung terbaru Tudung Fazura, yang direka khas untuk Ulang Tahun ke-95 BOH. Manakala, selebriti Azira Shafinaz pula turut membuat penampilan dan mengadakan persembahan yang cukup istimewa.


Perjalanan jenama BOH selama 95 tahun bermula pada tahun 1929 apabila pengasas BOH, J.A. Russell, bersama dengan penanam veteran A.B. Milne, membangunkan ladang teh pertama di Malaya, iaitu Ladang BOH, di Cameron Highlands. Ia sewaktu Zaman Kemelesetan Besar di mana kemelesetan ekonomi telah bermula. Walaupun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangat mahupun pandangan jauh Russell kerana beliau melihat wujudnya peluang besar dalam industri teh.


Nama BOH berasal daripada 'Bohea', bukit di Wilayah Fujian, yang terkenal dengan gred teh premium dalam perdagangan awal teh di China. Lantas, bermulalah sebuah legasi teh yang kukuh bertapak di Malaysia. BOH, di bawah kepimpinan dan visi mantan Pengerusi, mendiang Datuk Tristan Russell, telah memodenkan seni pembuatan teh dengan melabur dalam teknik dan infrastruktur inovatif yang meninggalkan impak perubahan terhadap operasi BOH. Sebagai sebahagian daripada sambutan ke-95 BOH, teh edisi terhad, Tristan's Reserve, telah dicipta khas sebagai penghormatan istimewa buat insan ini.


BOH Sambut Ulang Tahun ke-95

Kini, 95 tahun setelah ia ditubuhkan, BOH terus berdiri teguh dalam pasaran. Sebagai salah satu daripada beberapa syarikat teh yang masih mengawal sepenuhnya keseluruhan proses pembuatan hingga ke pemasaran teh, BOH menghidangkan teh paling segar kepada pengguna, dari 'ladang teh ke cawan teh'. Dalam ucapannya di sambutan komuniti, Caroline Russell, cucu J.A. Russell dan kini Pengerusi Eksekutif BOH, mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas sokongan dan kepercayaan luar biasa yang diberikan kepada BOH sepanjang dekad ini.


Menyelusuri tahun-tahun perjalanannya, BOH telah mengembangkan rangkaian tehnya untuk memenuhi citarasa pelanggan di dalam dan di luar negara. Pilihan ini turut menampilkan teh hitam, teh dari satu ladang, teh hijau, teh ais, teh campuran segera, teh herba dan buah-buahan, serta teh berperisa. Berfokuskan teh untuk masa hadapan dengan gaya hidup yang lebih sihat, BOH baru-baru ini telah mengeluarkan Imunitea, teh susu segera perisa Hazelnut pertama di Malaysia yang diperkaya dengan Wellmune®, beta glucan semulajadi terkemuka yang telah terbukti secara klinikal membantu menguatkan sistem imun.


Mengulas bagaimana BOH telah mengintegrasikan kelestarian ke dalam keseluruhan operasinya, Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations, menjelaskan, “Sebagai penanam teh yang bertanggungjawab, kami sentiasa berusaha untuk memahirkan lagi kepakaran kami dalam seni pembuatan teh. Seiring dedikasi ini, kami juga nekad untuk beroperasi tanpa merosakkan alam sekitar dan yang lebih penting, untuk menjana semula alam sekitar.


"Oleh itu, kami telah memulakan pelbagai inisiatif di seluruh operasi kami di mana semua ini menyokong janji BOH untuk terus mencorak masa depan yang lebih baik, sambil mengekalkan komitmen kami terhadap Kelestarian (SustainabiliTEA) dan Komuniti (CommuniTEA)" jelas Jason.


Hari ini, BOH mempunyai tiga ladang teh di Cameron Highlands yang meliputi 1,000 hektar tanah pertanian yang subur. Secara kolektif, ladang teh BOH, Fairlie, dan Sungei Palas menghasilkan 2.8 juta kilogram teh setiap tahun. Secara keseluruhannya, 5.0 juta cawan teh BOH dihidangkan setiap hari.



0 komen

留言


bottom of page