top of page

Black Hanifah Dan Adira Raikan Koloborasi Sulung Dalam Lagu Raya "Syawal Rindu"

Writer: MYBMYB

Dua nama besar dalam industri muzik tanah air, Black Hanifah dan Adira Suhaimi, telah bergabung buat pertama kalinya dalam satu kolaborasi istimewa sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang. Kolaborasi sulung mereka, sebuah lagu raya berjudul "Syawal Rindu", telah dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman muzik pada 14 Mac lalu.


Black Hanifah Dan Adira Raikan Koloborasi Sulung Dalam Lagu Raya "Syawal Rindu"

Lagu "Syawal Rindu" ini dihasilkan dengan penuh penghayatan, menyentuh tema kerinduan dan kasih sayang terhadap keluarga yang tidak dapat diraikan bersama sewaktu musim perayaan. Dicipta oleh pasukan kreatif yang terdiri daripada Rudy Nastia, Aiman Zaidi, Aizad Khan dan Kelana, dengan lirik yang dihasilkan oleh Aiman Zaidi, lagu ini menggabungkan melodi syahdu dengan harmoni vokal yang mantap dari kedua-dua penyanyi.


Ketika ditemu bual, Black berkongsi bahawa lagu ini membawa makna yang mendalam kerana ia menggambarkan realiti yang dialami oleh ramai individu yang tidak dapat pulang ke kampung halaman atau menyambut Aidilfitri bersama orang tersayang.


"Saya percaya ramai yang akan dapat menghayati mesej dalam lagu ini, lebih-lebih lagi mereka yang berjauhan dari insan tersayang pada musim perayaan," ujar Black.


Black Hanifah Dan Adira Raikan Koloborasi Sulung Dalam Lagu Raya "Syawal Rindu"

Sementara itu, Adira tidak menyembunyikan keterujaan beliau dapat berkolaborasi dengan Black dalam projek ini. "Saya amat bersyukur dan teruja kerana dapat menyampaikan lagu ini bersama Black. Saya dapat merasakan sinergi kami semasa bekerja bersama sekali gus mencipta suasana yang kreatif dan penuh semangat," jelas Adira.


Penyanyi wanita berbakat itu turut menambah bahawa kolaborasi ini memberi peluang kepadanya untuk timba ilmu daripada Black yang lebih berpengalaman dalam industri.


"Dengan adanya kolaborasi ini, saya yakin bahawa lagu yang dihasilkan ini akan menjadi sesuatu yang istimewa dan mampu menyentuh hati peminat muzik," tambah Adira penuh keyakinan.



"Syawal Rindu" merupakan terbitan Nova Music dan video muzik rasminya yang menampilkan konsep kemeriahan dan kesayuan sambutan Aidilfitri boleh ditonton di saluran YouTube 'Nova Music Videos'. Kedua-dua penyanyi ini tampil dalam busana serba hijau dalam video klip berkenaan, menampilkan imej yang segar dan bersesuaian dengan tema Aidilfitri.


Peminat dan pencinta muzik boleh menikmati lagu ini di semua platform penstriman muzik termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube.



Comments


bottom of page