top of page
Writer's pictureMYB

Binaan Replika Taj Mahal Hiasi Sambutan Kempen 'Majestic Raya' Di Pusat Beli Belah Avenue K

Pusat beli-belah terkemuka, Avenue K baru-baru ini melancarkan kempen promosi jualan bersempena Aidilfitri yang akan datang dengan tema ‘Majestic Raya’ . Dengan hiasan yang menarik, keseronokan budaya dan pilihan membeli-belah yang banyak bermula dari 4 April sehingga 8 Mei 2022, pengunjung dan para pembeli akan terpesona, dan terhibur dengan pelbagai aktiviti yang telahdisediakan sepanjang kempen berlansung.

Replika binaan Taj Mahal menghiasi ruang legar Atrium Mall, Avenue K, Kuala Lumpur menyerikan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

Mengambil ilham daripada seni bina Taj Mahal yang mengagumkan di India, suasana glamor Avenue K di pentas menyaksikan kubah istana berwarna biru dan emas yang dibingkai oleh gerbang ladam, mozek rumit yang diserlahkan oleh lampu rona terang sesuai untuk kaki selfie atau sebagai latar belakang untuk potret keluarga atau bergambar secara berkumpulan.

Sebuah lagi elemen hiasan yang diilhamkan oleh mercu tanda ikonik ialah kolam pemantulan, yang menuju ke halaman terbuka dengan gerai bazar di kedua-dua sisi. Tidak perlu dikatakan, pengunjung akan berasa seolah-olah dibawa ke era keagungan Islam dari masa lalu yang gemilang semasa melakukan aktiviti beli-belah di ruang legar Atrium Mall.


Untuk melengkapkan pengalaman yang menggembirakan ini, jelajahi bazar dan lakukan aktiviti membeli-belah untuk persediaan sambutan hari raya. Dengan pelbagai tawaran menarik untuk fesyen daripada jenama seperti BBD, Hollakidz, Vaytita, Putera dan Anita Scarves atau hidangan lazat dari Mew Market dan BreadTalk, Avenue K ialah tempat untuk bersiap sedia untuk perayaan Aidilfitri anda!


Untuk mereka yang kaki fesyen, pengunjung boleh mencari pelbagai gaya untuk berpakaian di musim hari raya ini dari butik fesyen seperti H&M, Camille, Buttonscarves, Max Fashion, Cotton On, Dressing Paula, Esfolar, Good2U dan Cotton On.


Untuk mereka yang mencari dekorasi bagi menyerlahkan hiasan dalaman di rumah boleh membuat carian item dekorasi pilihan di Bonzour Home, Good2U Home dan H&M Home.

Pelbagai ganjaran menarik menanti pengunjung yang membeli-belah di Avenue K sempena Aidilfitri ini. Dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam maksimum dua resit gabungan, pengunjung boleh menebus satu set Paket Raya yang menarik, manakala perbelanjaan RM250 dan ke atas melayakkan pengunjung untuk mendapat Pinggan Hidangan Kaca AK eksklusif dan satu set Paket Raya.

Bukan itu sahaja; untuk pengunjung yang membelanjakan RM300 dalam maksimum tiga resit gabungan, mereka boleh menebus Baucar Tunai RM50 daripada jenama pakaian terkenal Indonesia, Buttonscarves. Tambah perbelanjaan kepada RM500, pengunjung akan menikmati Baucar Tunai Buttonscarves bernilai RM100 . Ganjaran di atas ganjaran, berbaloi untuk membeli-belah dengan Avenue K!


GALERI


Sepanjang kempen jualan ini, Avenue K turut menjalankan Peraduan FB ‘Find & Count The Pelita’ sehingga 8 Mei 2022, di mana pengunjung perlu mencari dan meneka bilangan pelitas di sekitar Atrium. Pembelian tidak diperlukan untuk menyertai peraduan ini, siapa tahu, anda boleh menjadi salah seorang daripada lima pemenang bertuah untuk memenangi baucar beli-belah dan makanan bernilai RM100!

Bagi menambahkan lagi keterujaan, persembahan seni budaya seperti tarian Melayu The Heart of Malaysia, Gintagangsa (Negeri Malaysia) dan Magika diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula 8 April hingga 30 April 2022.

Sementara itu, satu persembahan muzikal bertemakan sambutan hari raya, A Taj of Eidul Fitr yang dibawakan oleh Broadway Academyakan diadakan pada 22 April 2022 . Pementasan selama setengah jam itu bakal menampilkan watak yang berkaitan dengan Taj Mahal dan kisah cinta Shah Jahan dan isteri tercinta, Mumtaz Mahal, semasa sambutan Eidul Fitri. Terdapat pilihan lagu Bollywood, Disney, Arab dan Hari Raya Melayu. Pementasan muzikal A Taj of Eidul Fitri akan diadakan dalam dua sesibermula dari 1.30-2.00 petang dan 6.00-6.30 petang.

Selain itu ,demo kraftangan dan pelbagai hadiah menarik juga turut bakal diadakan setiap hari Ahad, bermula 10 April hingga 1 Mei 2022. Jadi ayuh, datang beramai-ramai untuk berendam dalam suasana meriah di tengah-tengah kemegahan sebegitu setiap hujung minggu di Avenue K!

Selaras dengan semangat musim perayaan ini, Avenue K akan memberikan sokongannya kepada Pusat Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur apabila pihak pengurusan Avenue K menjadi tuan rumah kepada kanak-kanak untuk acara Avenue K'ares pada 14 April 2022. Kesemua kanak-kanak ini akan dijamu dalam jamuan berbuka puasa ihsan dari KFC dan butik fesyen Max Fashion. Tidak dilupakan, aktiviti pemberian duit raya oleh Pengurus Besar Avenue K, Cik Phang Sze Sze.

Jadi jom raikan 'Majestic Raya' yang tidak dapat dilupakan di Avenue K Shopping Mall dari 4 April hingga 8 Mei 2022 di Atrium, Aras G. Dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Untuk butiran lanjut, sila layari https://bit.ly/3pV9C1Z

0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page