top of page
Writer's pictureMYB

Ayam Brand Pupuk Gaya Hidup Sihat Kanak-Kanak Melalui Kempen Komuniti Penyayang 2024

Syarikat makanan dalam tin terkemuka Ayam Brand™ terus membuktikan komitmennya dalam memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak Malaysia melalui penganjuran Kempen Komuniti Penyayang 2024 yang memasuki tahun ke-17.


Ayam Brand Pupuk Gaya Hidup Sihat Kanak-Kanak Melalui Kempen Komuniti Penyayang 2024
Pasukan pemenang bersama Ayam Brand, meraikan kemenangan mereka sambil mempromosikan gaya hidup sihat.

Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, kempen tahun ini memberi manfaat kepada 425 kanak-kanak dari enam buah organisasi bukan kerajaan (NGO) di sekitar Lembah Klang dengan penyediaan 76,500 hidangan berkhasiat.


Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Teoh Wei Ling berkata, kempen ini memberi tumpuan kepada pembentukan tabiat pemakanan sihat dan penggalakan gaya hidup aktif dalam kalangan kanak-kanak.


"Melalui program ini, kami mahu memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses kepada makanan berkhasiat, terutamanya yang kaya dengan Omega-3 yang penting untuk kesihatan jantung, otak, saraf, kulit dan mata," katanya.


Ayam Brand Pupuk Gaya Hidup Sihat Kanak-Kanak Melalui Kempen Komuniti Penyayang 2024
Tukang Masak, Chef sedang belajar menyediakan hidangan sihat dengan bahan-bahan ringkas dan produk Ayam Brand.

Bagi merealisasikan matlamat ini, Ayam Brand bekerjasama dengan Hospital Columbia Asia untuk mengadakan bengkel pemakanan sihat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia.


Program turut disokong oleh Focus Point Group yang menjalankan pemeriksaan mata percuma, di mana kanak-kanak yang memerlukan kaca mata akan menerima tajaan daripada Ayam Brand.


Pengurus Pemasaran Serantau Hospital Columbia Asia, Cik Gwen Yap berkata, "Kolaborasi ini sejajar dengan komitmen kami untuk menggalakkan gaya hidup sihat. Kami berharap dapat membentuk impak signifikan terhadap kesihatan dan kualiti hidup kanak-kanak terlibat."


Sejak diperkenalkan pada 2008, kempen ini telah memberi manfaat kepada lebih 28,350 individu dari 635 NGO dengan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat.


Ayam Brand Pupuk Gaya Hidup Sihat Kanak-Kanak Melalui Kempen Komuniti Penyayang 2024
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand™, bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, bermula dengan meriah di Kuala Lumpur & Selangor!

Bagi tahun 2024, penerima manfaat di Lembah Klang termasuk Pertubuhan Anak-Anak Yatim Selangor, Yayasan Sunbeams Home, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia, Shelter Home dan Pusat Jagaan Rumah Keluarga Kami.


Selain bengkel pemakanan sihat, para peserta turut terlibat dalam pelbagai aktiviti kecergasan termasuk sesi HIIT (High-Intensity Interval Training) dan cabaran kecergasan yang boleh diamalkan di rumah.


Inisiatif ini dilihat tepat pada masanya memandangkan laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan bahawa satu dalam tiga kanak-kanak sekolah mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti, selain kadar diabetes yang tinggi di rantau Asia Tenggara.



0 komen

Comments


bottom of page