top of page
  • Writer's pictureMYB

Avenys Malaysia Perkenal Krim Pelindung Matahari Revolusioner Sun Spectrum+

Avenys Malaysia baru-baru ini memperkenalkan produk terbaru mereka, Krim Pelindung Matahari - Avenys Sun Spectrum+ 2-dalam-1 Pelindung Matahari dan Penjagaan Selepas Berjemur, yang merupakan kombinasi unik antara pelindung sinaran matahari dan penjagaan kulit selepas terkena sinaran matahari.


Sun Spectrum+
Avenys Sun Spectrum+ merupakan krim pelindung matahari hibrid yang telah diuji secara dermatologi dan klinikal, menggunakan 7 penapis UV photostable untuk melindungi pemakai daripada spektrum sinar berbahaya termasuk UVA, UVB, UVC, HEV (cahaya biru), dan IR.

Produk ini dirumus khas untuk memberikan perlindungan daripada sinaran matahari selama 10 jam yang luar biasa serta kelebihan penjagaan kulit yang dipertingkatkan untuk semua jenis kulit, memberikan perlindungan yang luas serta merawat kulit dengan efektif.


Avenys Sun Spectrum+ merupakan satu-satunya krim pelindung matahari revolusioner di pasaran ketika ini yang dapat mengekalkan 50% daripada nilai SPF 60 walaupun selepas pendedahan kepada sinaran matahari yang berpanjangan.


Krim pelindung matahari hibrid yang telah diuji secara dermatologi dan klinikal ini menggunakan 7 penapis UV photostable untuk melindungi pemakai daripada spektrum sinar berbahaya termasuk UVA, UVB, UVC, HEV (cahaya biru), dan IR, bagi memastikan perlindungan kulit menyeluruh daripada kerosakan matahari dan penuaan pramatang.


Formulasi unik produk ini mengandungi Minyak Sekam Padi untuk penghidratan mendalam, Vitamin E untuk perlindungan antioksidan, dan Asid Hyaluronik untuk menengangkan dan melicinkan kulit. Bahan-bahan ini berfungsi secara sinergistik untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV serta melembapkan dan menghidrat agar kulit sentiasa kelihatan sihat dan anjal.


Sun Spectrum+
Pengasas Avenys Malaysia, Aleeya Zailan

 

Ciri-ciri Utama & Manafaat Krim Pelindung Matahari Avenys Sun Spectrum+


● Perlindungan 10 jam dengan pengekalan 50% SPF selepas 10 jam

● Diuji secara klinikal dan dermatologi

● 7 penapis UV photostable untuk perlindungan spektrum luas (UVA, UVB, UVC, HEV, dan IR)

● Hipoalergenik dan Tahan air selama 80 minit

● Tidak menyumbat pori (non-comedogenic)

● SPF 50+ PA++++

● Tiada kesan putih

● Selamat untuk kanak-kanak seawal 6 bulan

● Terdapat dalam 3 jenis kulit (Normal, Berminyak/Berjerawat/Kombinasi, Kering/Sensitif)

● 4 warna pilihan setiap jenis kulit (Tidak Berwarna, Coklat Lembut, Beige Muda, Beige Sejuk)

● Dibuat di Eropah


 

Pengasas Avenys Malaysia, Aleeya Zailan, turut berkongsi inspirasi di sebalik produk ini dengan berkata, "Pelindung matahari tidak seharusnya menjadi satu perjuangan! Itulah sebabnya kami menghabiskan masa dua tahun untuk menyempurnakan Avenys Sun Spectrum+ 2-dalam-1 Pelindung Matahari dan Penjagaan Selepas Berjemur yang baharu.


"Kami mengucapkan selamat tinggal kepada formula berminyak, jerawat, dan perlindungan yang rendah. Dengan 12 pilihan yang menakjubkan, pelindung matahari yang sesuai untuk anda sedang menunggu. Bersiap sedia untuk menyambut kulit yang gembira dan sihat!" - Aleeya Zailan


Krim Pelindung Matahari Avenys Sun Spectrum+ kini boleh didapati dalam empat kod warna: Tidak Berwarna (Non Tinted), Beige Terang (Light Beige), Beige Sejuk (Cool Beige), dan Coklat Lembut (Soft Brown) pada harga promosi pra-pesanan RM169 (harga asal RM269). Pembelian boleh dilakukan di semua cawangan Avenys, pengedar sah atau secara atas talian di www.avenys.com mulai 14 Ogos 2024.


Berkongsi perkembangan lain, Avenys Malaysia turut mengumumkan pembukaan terbaru cawangan terbaru mereka di KLIA Terminal 1 serta cawangan utama di Malaysia Timur yang terletak di Pusat Beli Belah Imago di Kota Kinabalu.


Orang ramai kini boleh mendapatkan produk-produk Avenys di 15 cawangan jenama itu di seluruh Malaysia serta di Farmasi Guardian dan Aeon Wellness di seluruh negara, serta melalui pengedar, ejen, dan penjual semula sah di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, UK, AS, dan Australia.



Comments


bottom of page