top of page

Astro Saji Ledakan Hiburan "Meriah Lain Macam" Sempena Aidilfitri 2025

Writer: MYBMYB

Kuala Lumpur – Astro, peneraju industri hiburan tanah air, tampil dengan kempen Raya 2025 yang memukau "Meriah Lain Macam" dengan menawarkan lebih 160 kandungan istimewa untuk dinikmati sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.


Astro Saji Ledakan Hiburan "Meriah Lain Macam" Sempena Aidilfitri 2025
Barisan selebriti tanah air yang hadir memeriahkan majlis pelancaran dan tayangan perdana program Raya Astro 2025 "Meriah Lain Macam".

Kemeriahan Syawal dimulakan dengan pelancaran iklan Raya bertajuk "Lain Macamnya Raya" yang menceritakan kisah Jumaah, seorang ibu tunggal tradisional yang berdepan cabaran menerima menantu berlainan adat. Iklan berdurasi 8 minit ini merupakan hasil kolaborasi Astro dengan Naga DBB, diarahkan oleh Hyrul Anuar dan diterajui barisan pelakon terkenal seperti Ellie Suriaty, Mierul Aiman dan Qasrina Karim.


Naib Presiden, Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand Astro, Azlin Reza Azmi berkata, "Selari dengan tema tahun ini, Astro membawakan pelbagai kandungan khas yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menyatukan semua. Raya kali ini lebih istimewa dengan penceritaan yang dekat di hati, memenuhi citarasa pelbagai generasi."


Penonton boleh menantikan 12 telefilem baharu bermula 1 Syawal menerusi saluran Astro Ria, Prima dan Ceria. Antaranya, "Rapun", "Cinta Untuk Sekali Lagi Raya", "Terculik Sana Tertukar Sini", dan "Bintang Dari Beaufort" yang menawarkan pelbagai genre dari drama hingga komedi.



Selain telefilem, Astro turut menayangkan program variasi menarik seperti "MagiSiti 2025" bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza, "Bombastika Raya: Detik Bersama", "Gegar Vaganza 11 Raya", dan sitkom terbaharu "Seri Ferry Mart" yang menampilkan Sherry Al Hadad, Bell Ngasri dan Nabila Huda.


Bagi penggemar muzik pula, Astro bekerjasama dengan Rocketfuel menghasilkan dua lagu Raya istimewa bertajuk "Meriah Lain Macam" nyanyian Hael Husaini dan Nadeera Zaini, serta "Nyam Nyam Ketupat" yang menggabungkan Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy.


Platform digital Astro Gempak turut menawarkan kandungan eksklusif termasuk "Travel EV Balik Ganu", pengembaraan tiga pempengaruh pulang beraya dengan kereta elektrik, manakala stesen radio Astro seperti ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN menyajikan pelbagai program dan aktiviti menarik seperti "Plus One ERA", "Lemang Drive Thru SINAR", dan "Kad Raya ZAYAN".


Untuk mendekatkan diri dengan penonton, Astro menganjurkan "Pesta Meriah Lain Macam" di tiga lokasi utama iaitu Suria KLCC (15-16 Mac), Dataran Merdeka (22 Mac) dan Pavilion Kuala Lumpur (23 Mac) dengan kehadiran selebriti jemputan seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, Kamal Adli dan ramai lagi.


Astro Saji Ledakan Hiburan "Meriah Lain Macam" Sempena Aidilfitri 2025
Majlis sidang media pelancaran serta tayangan perdana program Raya Astro 2025 berlansung di One World Hotel, Petaling Jaya

Pelanggan Astro juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM200,000 melalui kempen "Menangi Bermacam-macam Hadiah dengan Astro One" yang berlangsung dari 1 Februari hingga 26 April 2025.


Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya, Astro Kasih turut melaksanakan beberapa aktiviti amal sempena Ramadan dan Syawal, termasuk sumbangan kepada Yayasan Ikhlas dengan kerjasama ERA Sarawak dan pengedaran 1,500 bubur lambuk kepada warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih pada 21 Mac 2025.


Secara keseluruhannya, Astro telah menyediakan menu hiburan yang komprehensif untuk memastikan setiap detik Syawal tahun ini benar-benar "Meriah Lain Macam" buat seluruh keluarga Malaysia.



Comentários


bottom of page