Anker, jenama pengecasan mudah alih No.1 dunia, telah memperkenalkan tiga power bank baharu di Anker Power On Conference Malaysia #3. Ketiga-tiga produk ini direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna moden yang sentiasa bergerak.
Anker MagGo Qi2 Powerbank
Model pertama, Anker MagGo Qi2 Powerbank, hadir dengan kapasiti 10,000mAh dan menawarkan pengecasan tanpa wayar 15W yang serasi dengan MagSafe untuk iPhone 12 hingga 15.
Ciri magnetiknya membolehkan power bank ini melekat pada peranti untuk pengecasan yang lancar. Ia juga menyokong pengecasan berkuasa sehingga 30W untuk peranti lain dan dilengkapi kawalan suhu optimum yang tidak melebihi 40°C. Power bank ini akan dijual pada harga RM369 bermula 1 Disember dalam pilihan warna Hitam, Putih, Merah Jambu dan Hijau.
Anker Zolo Wireless Powerbank
Bagi penggemar permainan mudah alih, Anker Zolo Wireless Powerbank menawarkan pengecasan tanpa wayar 15W MagGo dengan kapasiti 10,000mAh. Ia dilengkapi kabel USB-C terbina dalam yang menyokong pengecasan 30W PD, menghapuskan keperluan membawa kabel tambahan. Model ini akan dijual pada harga RM169 bermula 1 Disember dalam warna Hitam dan Putih.
Anker Zolo Powerbank
Pelengkap rangkaian ini ialah Anker Zolo Powerbank yang hadir dalam dua pilihan kapasiti - 10,000mAh (RM149) dan 20,000mAh (RM189). Power bank ini menyokong pengecasan berwayar 30W melalui kabel Type-C terbina dalam dan dilengkapi dengan kawalan suhu berasaskan AI untuk keselamatan peranti.
Ia juga hadir dengan penyokong built-in yang memudahkan pengguna menonton video. Model ini akan mula dijual pada 7 Disember dalam pilihan warna Hitam, Putih, Merah Jambu dan Biru.
"Rangkaian power bank MagGo dan Zolo yang baharu ini direka untuk meningkatkan keselesaan dan kesalinghubungan, menawarkan kuasa yang boleh diharap di mana sahaja anda berada," kata Lee Chee Wai, Pengurus Pemasaran Anker Innovations Malaysia.
Kesemua produk baharu ini boleh dibeli di peruncit sah dan kedai e-dagang rasmi Anker di platform Shopee dan Lazada.
Comments