top of page

Alami Pesona Maghribi Sempena Sambutan Hari Raya Di Suria KLCC

Writer: MYBMYB

Kuala Lumpur - Suria KLCC membawa pengunjung ke dalam dunia kesenian Maghribi yang memukau melalui dekorasi, persembahan dan aktiviti istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Sambutan yang berlangsung dari 7 Mac hingga 13 April 2025 ini menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan.


Alami Pesona Maghribi Sempena Sambutan Hari Raya Di Suria KLCC

Memasuki pusat beli-belah ikonik ini, pengunjung akan terpesona dengan hiasan Centre Court yang menampilkan istana Maghribi dalam warna biru diraja dan emas berkilauan. Kubah tertutup dengan unjuran interaktif, tanglung Maghribi yang menyala dengan corak memukau dan lengkungan tradisional yang megah berjaya menghidupkan suasana halaman istana yang indah.


Tidak ketinggalan di Esplanade KLCC, lengkungan Moorish besar berdiri megah dengan pencahayaan interaktif, menawarkan latar belakang yang sempurna untuk kenangan bergambar Aidilfitri.


"Sempena Hari Raya ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan satu sambutan yang bukan sahaja memukau dengan keindahannya tetapi juga menggalakkan perpaduan, kemurahan hati dan kegembiraan," kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.


Alami Pesona Maghribi Sempena Sambutan Hari Raya Di Suria KLCC

Selain dekorasi, pengunjung boleh menikmati persembahan "Tradisional Raya Tunes" yang menampilkan alunan gitar Oud Arab dan rentak gendang Maghribi pada 30 Mac dan 1 April. "A Raya Dance Spectacle" pula akan membawa penari dalam kostum Maghribi yang menawan untuk persembahan pada 23 dan 29 Mac serta hari pertama Hari Raya (31 Mac).


Untuk yang berminat dengan aktiviti kreatif, bengkel "Raya Coaster Workshop" dan "Raya Floral Workshop" menawarkan peluang untuk membuat kenang-kenangan unik.


Menambah keceriaan, "Pesta Meriah Lain Macam Astro" akan berlangsung pada 15 dan 16 Mac bersama selebriti terkenal seperti Wani Kayrie, Dinda Dania, Hael Husaini, Zizan Razak dan ramai lagi.


Alami Pesona Maghribi Sempena Sambutan Hari Raya Di Suria KLCC

Pembeli yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar RM100 dan set Sampul Raya Suria KLCC. Manakala yang berbelanja RM10,000 ke atas menerima e-Baucar RM300, set Sampul Raya dan pemegang sampul mewah.


Sebagai sebahagian dari komitmen jangka panjang terhadap kesedaran kesihatan mental, pengunjung boleh membeli "Suria Ribbon Pin" dengan harga RM10 dan menyertai Bengkel Pembuatan Coaster Hari Raya khas. Hasil jualan akan disalurkan kepada NGO yang menyokong kesihatan mental.


Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman turut menyambut Hari Raya dengan tema Maghribi, menawarkan persembahan, bengkel kreatif dan hadiah istimewa untuk pengunjung.



Comments


bottom of page