top of page
Writer's pictureMYB

Alami Kuasa Terapi Lautan 8 The Thalasso Untuk Rambut Kekal Sihat

Jenama penjagaan dan perawatan rambut, 8 The Thalasso baru-baru ini melancarkan siri produk-produk perawatan rambut yang mampu memberi kelembapan kepada kulit kepala dan rambut dengan "water retention care". Dengan gabungan kuasa terapi lautan, Sel Stem Thalasso dan bahan-bahan terbitan marin untuk penjagaan kulit kepala, akan membawa satu pengalaman spa terus di rumah.



8 The Thalasso merupakan jenama perawatan rambut yang berkonsepkan terapi lautan, di mana kulit kepala akan dirawat sebagai kulit. Perkataan Thalasso berasal daripada negara Greek, "Thálassa" yang bermaksud laut. Jenama ini menggunakan bahan marin yang bermanfaat dengan ramuan penjagaan kulit kepala untuk membaiki dan melebatkan rambut pada tahap molekul. Ia menggunakan "Thalasso Stem Cell Formula", di mana ia berfungsi untuk memperbaiki kerosakan dari dalam rambut.


8 The Thalasso menawarkan 2 siri rangkaian penjagaan rambut iaitu siri Moist (untuk kulit kepala biasa dan kering) dan siri Smooth (untuk kulit kepala biasa dan berminyak). Siri Moist dirumus dengan 3 jenis Sel Stem: Sel Stem Thalasso, Sel Stem Epal dan Sel Stem Anggur dengan "Aqua Delivery System" yang dapat merawat rambut patah dan bercabang, serta mengekalkan kelembapan rambut dengan "Aqua Network". Siri ini mempunyai 4 produk: Cleansing Repair & Moist Shampoo, Deep Repair & Aqua Moist Treatment, Rich Coat & High Moist Hair Mask, dan Repair Shot & Extra Moist Hair Oil.


Manakala siri Smooth diformulasikan dengan 3 jenis Sel Stem: Sel Stem Thalasso, Sel Stem Epal dan Sel Stem Eryngium Maritimum untuk menyuburkan dan menghidupkan semula aktiviti sel rambut yang lemah. Siri ini mempunyai 4 produk: Cleansing Repair & Smooth Shampoo, Smooth Repair & Aqua Treatment, Smooth Coat Rich Hair Mask, dan Balancing Serum & Smooth Repair Hair Oil.



Selain daripada 2 siri penjagaan rambut (Moist dan Smooth), 8 The Thalasso juga mempunyai produk Moisturizing & Repairing Booster Hair Mist yang dirumus dengan Sel Stem Thalasso, Sel Stem Epal dan Meadowfoam δ-Lactone untuk mengelakkan rambut yang tidak terurus dan Hydroxypropyl Chitosan untuk melindungi rambut daripada terlampau lembap.


Disebabkan cuaca panas dan bahan tercemar, rambut juga memerlukan penjagaan dan pembersihan tambahan yang serupa dengan "Double Cleansing" yang dijalankan dalam rejim penjagaan kulit harian kita. 8 The Thalasso turut memperkenalkan Reset Cleansing & Head Spa Pre-Shampoo yang dirumus dengan 3 jenis Sel Stem: Sel Stem Thalasso, Sel Stem Epal, dan Sel Stem Anggur dengan bahan tambahan seperti Minyak Akar Zingiber Officinale (Halia) yang membantu dalam mencegah keguguran rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut, dan Ekstrak Buah Diospyros Kaki yang membekalkan Antioksidan agar kulit kepala sentiasa muda.


Pre-shampoo adalah produk yang digunakan sebagai langkah pertama dalam mencuci rambut untuk pembersihan sebelum mengunakan syampu. Fungsinya adalah untuk membersihkan sebum dan kotoran dari liang-liang, membuang sisa-sisa produk penggayaan yang tersumbat, menggalakkan peredaran darah, dan memberikan kita pertumbuhan rambut yang sihat. Selain itu, ia boleh memindahkan kekotoran yang tidak dapat ditanggalkan oleh syampu untuk kawalan minyak yang lebih baik. Produk pre-shampoo 8 The Thalasso ini disyorkan untuk digunakan 1-2 kali seminggu.


Pelakon Liyana Jasmay turut bersama Pengarah Urusan MKA Joycare Sdn. Bhd. Joyce Lee pada hari pelancaran siri produk 8 The Thalasso yang diadakan baru-baru ini di ibu kota.

Pengarah urusan MKA Joycare Sdn. Bhd. Joyce Lee berkata, "Bahawa kita harus memberi perhatian kepada penjagaan rambut dengan mengetahui langkah-langkah penjagaan rambut yang lengkap.


"Kami percaya bahawa tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu tentang pre-shampoo, kerana budaya itu tidak diamalkan di Malaysia. Oleh itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mendidik rakyat Malaysia tentang langkah-langkah yang lengkap dan betul dalam penjagaan rambut," jelas beliau sewaktu majlis pelancaran siri produk tersebut di ibu kota baru-baru ini.


Siri produk 8 The Thalasso kini boleh didapati di Watsons, Lazada dan Shopee. Pengguna yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang produk ini, di platrom media sosial Facebook : https://www.facebook.com/8thethalassomy


Comments


bottom of page