Al-Ikhsan Sports baru-baru ini telah mengumumkan senarai pemenang bagi peraduan 'The Ultimate Sports Experience - Spend and Win' yang telah dilancar bermula dari Julai 2023 hingga Mac 2024 bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-30, syarikat itu.
Peraduan tersebut yang berlangsung di semua 188 cawangan Al-Ikhsan Sports, menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM1 juta terdiri daripada tiket penerbangan, pakej penginapan hotel, tiket perlawanan akhir UEFA 2024, tiket Formula One Grand Prix selain telefon pintar, perkakas rumah, baucar tunai dan banyak lagi. Hadiah utama turut menawarkan tiket ke majlis pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Menurut Encik Farouk Abdul Khalid, Ketua Pegawai Sumber Manusia Al-Ikhsan Sports, "Kami sangat teruja untuk mengumumkan dan memberi ganjaran kepada para pemenang peraduan 'The Ultimate Sports Experience - Spend and Win' untuk bulan Mac, juga sebagai pemenang hadiah utama bagi keseluruhan kempen.
"Keutamaan kami adalah untuk memastikan pelanggan setia kami, yang telah bersama kami selama ini, merasa dihargai dan berpuas hati. Bagi pihak Kumpulan Al-Ikhsan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang 30 tahun kami beroperasi dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang," jelas beliau.
Seramai 10 orang pemenang telah dipilih dimana Encik Mohd Muazzin bin Rosely telah diumumkan sebagai pemenang utama dan berjaya membawa hadiah kemenangan keseluruhan bernilai RM50,000. Sementara itu Encik Muhammad Adzim Imran bin Razali diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dengan hadiah kemenangan bernilai RM40,000. Manakala Puan Tan Yee Sing dipilih sebagai pemenang ketiga dan berjaya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM35,000.
Kejayaan peraduan 'The Ultimate Sports Experience - Spend and Win' adalah bukti komitmen Al-Ikhsan Sports terhadap kecemerlangan dan kepuasan pelanggan. Dengan menyediakan produk terkemuka pada harga yang berpatutan, Al-Ikhsan Sports telah mendapat kepercayaan dan kesetiaan pelanggan yang tidak terkira banyaknya selama ini.
Tidak dinafikan, Al-Ikhsan Sports telah memainkan peranan penting dalam memotivasikan peminat sukan untuk kekal aktif dan sihat. Dengan kehadiran yang kukuh di Malaysia selama tiga dekad, Al-Ikhsan Sports telah menjadi sinonim dengan peruncitan sukan berkualiti, menawarkan rangkaian luas produk daripada jenama antarabangsa serta jenama dalaman sendiri seperti AL dan ALX.
Comments